m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, February 3, 2011

kawan baru

Kira-kira lebih sebulan lalu, semua wajah-wajah karikatur di atas (melainkan wajah isteriku yang pakai baju Chelsea tu) adalah sangat asing bagi aku - macam makhluk asing jugaklah adanya. Tetapi pada hari ini kelompok ini dah jadi antara kawan-kawan yang agak akrab dengan kami suami isteri. Mereka adalah senior-senior sekolah menengah isteri aku - SMK Taman Maluri. 

Semua ni berlaku setelah isteri aku dan geng-gengnya menganjurkan satu perjumpaan reunion pada Oktober 2010 lalu. Kejayaan mengumpulkan pelajar-pelajar & guru-guru dalam satu dewan sidang yang sederhana besarnya telah mencetus minda pelajar-pelajar senior untuk menganjurkan perjumpaan yang seumpamanya. Isteriku dijemput menjadi committee, dan aku turut serta kerana telah menjadi sebahagian dari pakej ini. Walaupun tugas aku cuma sebagai kartunis yang melakar wajah karikatur, tetapi aku adakalanya terlibat langsung dalam mesyuarat yang dijalankan hampir setiap minggu.

Aku rasa kelompok ini akan menjadi sangat akrab selari dengan perjalanan usia. Sama seperti rakan-rakan sebayaku di sekolah menengah MRSM Pengakalan Chepa yang menggelarkan diri kami WATTOP. Ada banyak acara yang dilakukan bersama-sama seperti main futsal, badminton, golf, derma darah, lawat sekolah lama, music jamming, karaoke, rai anak-anak yatim, ziarah guru-guru, buat majlis kenduri & makan-makan atau sekadar lepak-lepak kat kedai mamak. Macam gitulah adanya.

1 comment:

  1. Congrats Adi! Very nice blog and great design. On behalf of the SMTM Alumni Committee, I would like to thank you for the participation and contribution in our SMTM Reunion event last month. Indeed, it was a successful event, and it could not be achieved without your commitment and support. You are very talented, professional, patient and warm. it was a pleasant experience working with great people like you, as well as Sarah and we (SMTM Alumni Committee) would surely very much look forward to working with you again in the future. Believe me, I appreciate how much work is involved. I hope that the relationship will go stronger and better in years to come. You were great Adi!

    Regards,
    Fauziah Hanim

    ReplyDelete