m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 19, 2011

Amier kembali ke Kidz Cabin

Pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah tadika kakak ipar aku - Kidz Cabin. Masa tu aku tengah tercungap-cungap berlari mengejar-ngejar bola tenis kat Titiwangsa. Wife aku dengan Wanie & Amier ke Kidz Cabin di kawasan UK Heights dengan menaiki teksi. Amier bila diberi tahu nak naik teksi, punyalah dia excited pasal tak pernah merasa naik teksi. Seronok sangat dia nampaknya.

Bila sampai Kidz Cabin Amier macam malu-malulah pulak nak masuk ke perkarangan  kawasan tadika. Setelah dipujuk dan diajak berkali-kali barulah dia masuk. Dan bila dah masuk dan serasi dengan tadika lamanya itu, dia merasa berat pulak nak balik ke rumah bila tiba masanya. Aku datang sewaktu semua acara dah habis. Sempat jugaklah jamu selera serba sedikit sebelum mintak diri untuk beransur.



2 comments:

  1. salam,

    saya tengah survey2 playschool for my son. What do you think of Kidzcabin yeah? Looking for input. Thanks.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Kidz Cabin is a cool place with cool teachers. The system encourages parents & teachers participation dalam semua acara/aktiviti yg dijalankan. Sebab tu masa kami kat sana, kami sangat rapat dengan parents yg lain. Play school dia emphasis pada children punya potential utk explore things. I think it's a good school- especially play school.

    ReplyDelete