Selepas solat subuh, aku dan Syahmie meluru ke pasar borong Selayang untuk membeli ikan buat bekalan sebulan. Selalu aku pergi sorang tapi hari ini aku gembira pasal ada yang meneman. Sesampai di pasar aku mengheret trolley dengan Syahmie sambil mencari-cari ikan yang sesuai untuk dibeli. Pagi ni nampak gayanya ikan tak berapa banyak, dan harga ikan pun lebih mahal dari biasa. Mau tak mau aku terpaksa belilah jugak kerana kalau di luar harganya juga pasti lebih mahal.
Aku beli ikan tenggiri, cencaru, selar, kembung dan keli hidup. Lepas tu ke bahagian sayur-sayuran termasuklah cili merah yang berharga RM8.00 sekilo. Ketika di pasar borong kami ternampak seekor kertang gergasi sedang meronta-ronta diikat oleh beberapa petugas pasar. Besar sungguh ikan tu dan mengerikan. Mulutnya ternganga luas dan bila aku nengok ke dalam mulut dia, ternampak aku kelibat water scooter yang ditelannya dulu sewaktu dia masih tinggal di dalam laut. Teruja aku dan Syahmie dibuatnya.
Kami pulang tanpa dapat membeli kerang dan udang kerana takda stok pada pagi tadi. Operasi kami tak habis di situ aje, bila balik rumah terpaksa pulak menyiang ikan. Syahmie menggunakan kemahiran keseniannya menyiang ikan menggunakan gunting. Cantik ikan-ikan tu selepas dikerjakan dek Syahmie.

No comments:
Post a Comment