m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 12, 2011

mesyuarat pibg


Pagi tadi aku menghadirkan diri ke mesyuarat PIBG SK Ampang yang ke-38. Start pukul 8.00 pagi, tapi aku sampai pukul 10.00 pagi. Tak lama lepas aku sampai, pengacara terus mengumumkan bahawa sekarang time subsidi makan. Aku pun melonjak bak kera yang kegembiraan sambil menjerit yahooo!!!

Kami terpaksa beratur panjang nak dapatkan makanan yang dibekalkan. Terasa macam mangsa banjir kat Pakistan lah pulak. Setelah beratur kira-kira selama 3-4 jam, barulah dapat kami makan makanan yang berupa nasi lemak. Aku dan ibu bapa yang lain pun makanlah dengan lahap sekali sampaikan guru besar lalu kat depan pun tak perasan.



Lepas makan kami kembali ke dewan sidang. Macam selalulah, kalau time mesyuarat mesti ada sorang dua parents yang berucap dengan penuh emosi sama ada mengemukakan usul ataupun membahaskan usul atau komen yang kadang-kadang terlalu remeh. Mesyuarat habis jam 1.15 tengahari. Belakang aku keletihan kerana terlalu lama duduk kat kerusi plastik mendengar hujah-hujah yang pelbagai. Tapi aku rasa masih penting untuk mengikuti perkembangan apa yang berlaku kat sekolah agar kita tak terasa terlalu tersisih dari guru-guru yang mengajar anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment