m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 14, 2011

Badminton di malam Valentine

Pada malam ni ada segelintir muda-mudi sedang sibuk keluar dating sempena menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day). Entah siapa yang mula-mula perkenalkan hari yang tak berfaedah ni kat rakyat Malaysia aku pun tak tahu. Bukan sekadar ber-dating, tapi kerap jugak menjurus kepada melakukan dosa-dosa besar.

Tatkala ada kelompok yang sedang memadu asmara, aku dan suku-sakat saudara mara pergi ke dewan Ampang Jaya untuk main badminton (seperti minggu-minggu lalu). Kali ni tak ramai macam selalu. Abang Zahid anak-beranak dan Kois yang regular tak dapat datang kerana ada hal yang lebih penting. Jadi aku, abang Zai, Faridz, Faiisal & Syahmie pun berentaplah sesama sendiri. Isteri aku dan Amier pun datang jugak ke dewan pada malam ini.

Amier yang baru 5 tahun dan baru nak berjinak-jinak dengan sukan ni telah ambil satu reket lamaku (Yonex Blacken) dan memukul-mukul lantai serta tiang net badminton. Nasib baik reket tu keras, taklah dia patah. Ketika kami main, Amier mundar-mandir sekeliling dan dalam court sampaikan satu ketika tu aku terlanggar dia yang kebetulan berdiri di belakang aku. Tergolek si Amier. Kesian pulak nengok dia. Nasib baik tak cedera. 


Lepas main, macam biasa kami singgah kedai mamak untuk minum-minum dulu. Badan aku lencun kerana peluh melimpah-ruah. Puas main sebab tak ramai orang. Aku pun dah perasan yang anak sulung aku Syahmie dah boleh ambik back hand dan ambik bola rendah lebih baik. Kalau selalu main makin baguslah tu.


No comments:

Post a Comment