m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, February 17, 2011

Buat homework upah burger


Memang tak mudah nak suruh Amier buat homework. Amier paling dengar cakap mamanya bila dipujuk untuk melakukan kerja yang paling membosankan baginya. Malam ini aku dan wife balik agak lambat dari pejabat kerana kerja yang berlambak-lambak. Lalu Syahmie sebagai abang yang bertanggungjawab terpaksa memainkan peranannya memujuk adiknya menyiapkan kerja rumah. Kali ni Syahmie tak menggunakan kuasa veto dan disiplin askarnya, sebaliknya menggunakan pujukan diplomasi bagi melembutkan hati adik kesayangannya itu. Kata Syahmie, "kalau Amier buat homework, nanti abang Amie masakkan burger untuk Amier". Amier termakan pujukan abangnya. Tawaran yang diberikan tak dapat ditolak. Amier setuju!


Laju Amier buat homework sambil ditemani dan dibantu Syahmie. Sejurus selepas selesai, Amier lantas berteriak, "jom abang Amie, masakkan Amier burger!" Kedua-dua abang dan adik pun meluru ke dapur. Wanie kemudian menyertai mereka dalam operasi masak-memasak. Syahmie menyediakan 3 set burger dan Wanie membuat 2 gelas milo untuk diminum bersama-sama.


Sesudah masak, masing-masing menerpa ke arah burger lalu menikmati kesedapan burger special masakan Syahmie. Aku dan isteri turut menikmati kehebatan makanan yang disajikan.


No comments:

Post a Comment