Hari ni ada satu lagi jemputan kahwin di Taman Ibukota. Kami datang agak lambat, dah dekat 3.30 petang baru sampai. Dengan perut kosong tak makan lagi maka sejurus dapat makanan kami pun makanlah dengan gelojohnya. Amier yang dah makan nasi goreng terlalu banyak kat rumah, sejak dari kat kereta tadi dah loya dan muntah. Kat dewan upacara Amier muntah lagi dua kali. Mood dia memang terus swing. Nak bercakap-cakap pun tak berdaya dan takda mood.
Oleh kerana kami datang sangat lambat, maka para penanggah yang bertugas telah mula mengemas-ngemas meja kerana jam menunjukkan hampir 4 petang. Lalu DJ terus membuat pengumuman berikut berkali-kali: "Terima kasih kepada hadirin hadirat kerana datang ke majlis kami pada hari ini. Maka saya bagi pihak keluarga pengantin mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan." Pun begitu hadirin yang tinggal masih duduk aje kat kerusi tak mau berganjak. DJ mengulang lagi kata-kata terima kasihnya (menandakan tetamu yang hadir perlu balik cepat, penanggah nak kemas, tuan rumah nak rehat cepat!) Ikhtiar terakhir dari pihak DJ adalah memainkan lagu Negaraku. Mau tak mau kena berdirilah semua orang. Maknanya lepas berdiri ni jangan lagilah duduk kat kerusi, tetapi terus berjalan balik ke kereta masing-masing. Aku rasa kalau tetamu masih tak nak balik mesti dia akan mainkan lagi lagu Negaraku berkali-kali. Inilah majlis kahwin yang paling patriotik yang kami pernah hadiri.
No comments:
Post a Comment