Dari hari Isnin lepas aku menunggu kedatangan hari Sabtu & Ahad @ hujung minggu. Masa ni sepatutnya aku menyibukkan diri dengan kegiatan riadah bersama keluarga dan teman-teman. Tapi aku terpaksa membawa bertan-tan kerja ofis yang macam tak surut-surut banyaknya. Hujung minggu ni memang agak memenatkan. Hari Sabtu ada meeting PIBG SK Ampang. Minum air power pada hari Sabtu & Ahad. Ziarah mak ayah petang Ahad. Main tenis pagi Ahad. Kerja ofis cuma dapat dibuat sedikit aje nampak gayanya. Adik aku yang baru balik dari Cyprus bawak ole-ole berupa alas meja serta ada makanan popular di negara-negara Mediteranean. Sempat jugak kami beli durian kat Pandan Jaya walaupun belum musimnya dengan harga yang agak mahal. Esok hari Isnin perlu kembali ke pejabat. Dan hari Selasa... cuti lagi. Horey!!!
Makanan dari Cyprus. |
Durian Pandan Jaya. |
No comments:
Post a Comment