Semalam pada 7 Februari 2011, anak bongsu aku Amier genap berusia 5 tahun. Kami raikan secara sederhana aje. Aku beli ayam goreng, dan mak aku buat kek cokelat. Amier sangat teruja bila nak sambut birthday dia. 5 batang lilin dipasang dan dinyalakan. Selepas menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah & lagu 1 Malaysia, kami nyanyikan pulak lagu birthday. Habis nyanyi je Amier pun cepat-cepat tiup lilin. Tapi api lilin nampaknya tak jugak padam-padam. Dekat hampir sejam kami tunggu untuk api tu terpadam. Akhirnya untuk memendekkan cerita, aku pun ambik fire extinguisher (pemadam api) dan sembur kat kek. barulah terpadam. Kek dipotong dan kami makan dengan penuh selera.
No comments:
Post a Comment