Musim panas menjelang lagi selepas beberapa hari bumi Malaysia dilimpahi hujan yang berterusan dan menyebabkan beberapa kawasan banjir teruk. Jangan mengeluh, ada hikmah tu. Bila musim panas maknanya tekak ni selalulah kering dan rasa haus. Bukan tekak saja, malah kereta Wira aku pun sama kerap haus dan terpaksa kubagi minum secara berterusan. Macam-macam air aku dah bagi, air suam, air 100 Plus, Milo ais, fresh oren, air tongkat ali, malah Red Bull pun aku bagi mengharapkan kereta aku tak lagi merengek meminta disuakan air pelbagai jenis dan rasa.
Sejak dia kena penyakit haus ni, aku terpaksalah bawak kereta slow-slow sikit. Tak bolehlah press sampai 300 atau 400 kmj. Sekadar 200 kmj lebih je. Kalau terlebih laju nanti cepatlah dia panas. Kalau dah panas tau-tau ajelah. Sekarang dah jadi routine aku membagi minum setiap kali sebelum pergi kerja atau pulang ke rumah. Mesti kereta tu lama-lama manja dengan aku kan.
No comments:
Post a Comment