m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, February 15, 2011

Tenis pada hari Maulidur-Rasul

Nampak gayanya cuti lagi sempena menyambut hari Maulidur-Rasul. Sempat jugak dengar ceramah mufti Kedah yang bersifat terbuka dan sinis dalam penyampaiannya. Tapi sebelum tu aku dan geng-geng tenis ku telah ke Tasik Titiwangsa untuk bermain tenis. Agak ramai jugak yang datang pagi tadi. Aku cuma main satu set aje pasal ada tempat-tempat lain yang aku nak pergi selepas ini.


Kali ni aku berpasangan dengan Samsuri @ Sham - pemain DBKL yang muda dan hebat. Kami berentap dengan Fong (pemain rank no. 1 dalam group kami) dan Alvin. Permainan yang bermula sengit akhirnya berpihak kepada aku dan Sham. Sham banyak membuat pukulan-pukulan top spin yang deras dan bermain volley dengan cemerlang dan banyak memerangkap Alvin. Aku tak banyak mengutip point, cuma sekadar seboleh mungkin mengurangkan kadar unforced error. Fong akhirnya tewas dan banyak merungut kerana kesilapan yang dilakukan oleh pasangan bergunya. Fong meninggalkan court sejurus kalah. Aku meloncat kegembiraan kerana tak mudah nak mengalahkan pemain yang hebat seperti Fong. Tahniah Sham, dan tahniah aku jugak.


No comments:

Post a Comment