m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 14, 2011

Mengusung kerja ofis

Hari Maulidur-Rasul cuti umum. Tapi aku terpaksa memikul komputer ofis balik ke rumah kerana di dalamnya terkandung banyak kerja-kerja yang tak sudah-sudah. Bangunan makmal, kedai makan, banglo yang pelbagai. Sebenarnya projek tak berapa banyak, tapi entah macamana kerja boleh berlambak-lambak. Tak kisahlah tu, daripada takda kerja, menganggur lagi haru. 


Prinsip aku, biar bawak balik kerja ofis tapi tak buat, daripada nak buat kerja ofis tapi kerjanya tak dibawak balik. Aku tau memang kat rumah aku akan sibuk dengan hal-hal lain, dan mungkin cuma ada masa yang terlalu sedikit untuk diluangkan bagi membuat kerja pejabat. Tak kisahlah tu, sikit-sikit buat lama-lama langsai jugak kan?


No comments:

Post a Comment