Petang tadi aku nampak mak aku ajar maid aku buat kuih yang jarang-jarang aku nampak. Tapi sekali imbas macam kuih zaman purbakala cuma aku tak dapat pastikan era mana kuih ini tercipta. Aku tanya mak aku nama kuih tu. Katanya kuih itu bernama "Cornish Pasties". Wahhh, tak macam nama kuih purbakala langsung. Terlalu modern bunyinya. Aku ingat namanya mesti ganas jugak seperti kuih Jagindas Wira ke, Karuga Ungga ke, atau paling tidak pun Badang Saga.
Aku pun pergi merujuk kat Arkib Negara di Jabatan Dinosaur. Barulah aku pasti bahawa kuih ni mengambil konsep dari dinosaur jenis Stegosaurus. Barangkali orang-orang zaman primitif dulu menggunakan daging Stegosaurus tu sebagai intinya, sedangkan mak aku gunakan keledek & kentang. Selain Stegosaurus, daging dinosaur Triceratop juga sesuai digunakan. Tapi tak siapa berani pakai daging T-Rex. Belum sempat dekat lagi, T-Rex dah jadikan orang tu menu istimewanya. Rrrrrrr auuummmm!!!
Macam hidupan laut pun ada gak..
ReplyDelete