m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, February 13, 2011

Tenis sambil laloque

Pagi tadi aku ke court tennis agak terlewat dari biasa. Kepalaku masih ada sedikit pening-pening lalat. Jadi aku layan baring selepas subuh sebelum berangkat ke  Tasik Titiwangsa kira-kira jam 8 pagi. Dua set pertama yang aku main kalah teruk. Set ketiga bila partner dengan Fong barulah menang, itu pun dengan penuh kepayahan dan Fong perlu bekerja keras kerana aku tak larat nak banyak berlari mengejar bola. Selepas bersenam dan mengeluarkan peluh yang banyak, kepalaku rasa lebih ringan dan lebih selesa. Yang lebih penting, momentum permainan tenis aku perlu dikonsistenkan.


No comments:

Post a Comment