Permainan "Sambutlah Sayang" berakhir dengan kemenangan mutlak milik Abang Karim dan Kak Sabar. Aku dan isteri telah tersingkir pada pertengahan permainan lagi. Keputusan pengadil dan juri awam tidak sama sekali kami pertikaikan. Kehandalan melambung dan menangkap belon berisi air memang terserlah pada pasangan juara ini. Tahniah kami ucapkan.
Ini gambar Abang Karim setelah tamatnya permainan "Sambutlah Sayang". |
Hafez sangat lega kerana segala acara yang diuruskan berjalan sangat lancar. |
Mendepa dan mengangkat tangan tanda kemenangan mutlak. |
Eh! Mana semua orang pergi? Hafez ditinggalkan sendirian. |
Bermain baling belon air adik-beradik. |
Kembali mendukung baby setelah tamat permainan. |
Azira dan anak saudaranya - Natrah. |
Berehat seketika mengambil oksigen secukup rasa. |
Akid dan Wawan melepaskan penat. |
Kami memutuskan untuk bergambar beramai-ramai sebelum matahari terbenam ke ufuk barat. Seluruh anggota keluarga kami kumpulkan. Isteriku menyusun dan mengatur formasi agar gambar yang diambil nanti kelihatan cantik dan jelas. Ianya memakan masa juga. Maklumlah, keluarga kami sangat besar. Tak kurang lima puluh orang. Itu pun ada yang tak dapat hadir.
Setelah barisan berjaya disusun rapi, aku meminta bantuan seorang abang yang kebetulan sedang berehat dengan keluarganya di wakaf tepi pantai. Abang itu tidak keberatan. Katanya dia sudah biasa mengambil gambar menggunakan kamera seperti yang kumiliki. Kami beraksi pelbagai gaya untuk difotokan. Selesai bergambar, aku mengucapkan terima kasih kepada abang itu. Sebelum beredar, abang itu sempat menyuruh aku meneka usianya. Tekaku, umur beliau kira-kira lewat lima puluhan. Katanya, tekaanku salah. Beliau sebenarnya berusia tujuh puluh tahun. Wow! Tapi nampak masih muda. Lalu abang tadi pun berceritalah pasal jamu atau ramuan tradisi yang beliau amalkan untuk kelihatan muda dan sihat seperti itu. Aku mendengar untuk mengambil hatinya. Memang aku kagum dengan susuk tubuhnya yang nampak fit dan tidak memboroi.
Acara selanjutnya ialah acara yang sekian lama dinantikan oleh kaum bapa. Apakah itu? Tunggu...
Bersambung...
Isteriku menyusun anggota keluarga untuk bergambar. |
Okay dah tersusun. |
Cepat betul. Macam magik. |
Jom bergambar beramai-ramai. |
Aku tak mahu ketinggalan. |
Masing-masing memberikan posing yang terbaik. |
Tapi masih control hensem dan control ayu. |
Sekarang barulah gaya bebas. |
No comments:
Post a Comment