m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 15, 2020

1 Syawal 2019: Jenguk Auntie dan Uncle

5 Jun 2019 - Agak lama juga kami beraya dalam rumah. Macam kena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Rumah pertama yang kami tuju ialah rumah ibu saudara Farid dan Yana yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Kalau tak salah aku, ini merupakan kali kedua kami tiba di sini. Yana dan Farid dah sampai sini banyak kali, cuma aku aje yang jarang melawat mereka. 

Auntie Salbiah ialah sepupu Abang Mansor, abang iparku. Auntie Salbiah dan Uncle Rahmat kedua-dua mereka sangat peramah dan mudah mesra. Walau jarang berjumpa pun, terasa mereka sangat rapat dan akrab.

Kami terus memulakan operasi makan sejurus kami dijemput.

Semua menu nampak sangat menyelerakan.

Ketupat dimakan dengan lodeh dan rendang.

Siap bertambah-tambah kami makan.

Yang jauh kita dekatkan Yang dekat kita terus makan.

Farid pun bertambah juga.

Selera tengah terbuka luas.

Di rumah, kami tak banyak cakap, bila tuan rumah kata "jemputlah makan" aje, kami pun dengan segera, tanpa berlengah, bagaikan Usin Bolt terus meluru ke arah makanan pada kelajuan 150km/jam dan terus mencapai apa saja yang sempat untuk kami baham dan telan. Perbualan selanjutnya yang sempat kami rakam adalah seperti berikut:

"Nyomp nyomp nyomp nyomp. Pass-kan rendang tu. Nyomp nyomp nyomp nyomp. Nak ketupat lagilah. Nyomp nyomp nyomp nyomp. Tuangkan air sikit. Nyomp nyomp nyom nyomp. Glup glup glup."

Setelah dekat dua jam kami menghadap makanan yang terhidang, baru kami terperasan sesuatu, "Eh! Auntie dan Uncle tak makan sama?" Hahahaha... Apa-apa pun terima kasih kepada Auntie Salbiah dan Uncle Rahmat kerana telah melayan kami dengan baik pada hari tersebut. Tahun-tahun akan datang kami singgah lagi ya?


Giliran Amier pula nak tambah. Entah kali yang keberapa agaknya.

Uncle Rahmat dan Auntie Salbiah sekadar menengok aje.

Amier terus-menerus melayan ketupat dan rendang.

Rendang ini memang sangat enak.

Nak bawak balik sikit boleh tak?



No comments:

Post a Comment