m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 22, 2020

4 Syawal 2019: Terima tetamu di rumah

Bahagian 1

8 Jun 2019 - Hari raya keempat kami tak ke mana-mana. Kami duduk di rumah menanti ketibaan tetamu. Kami tak buat rumah terbuka besar-besaran. Sekadar buka rumah untuk saudara-mara dan kawan-kawan datang sekiranya mereka ada kelapangan. Tetamu pertama yang datang ke rumah kami ialah sepupuku Kak Hashimah dan suaminya Abang Jamal dari Kampung Baru. Kami ada buat masa-masak sikitlah. Jamu para tetamu sekadar yang ada. Menu kali ini ialah masakan bakso resipi orang gaji kami. Kami memang tak pernah jamu orang bakso untuk rumah terbuka. Inilah kali pertama kami berbuat demikian.

Abang Jamal baru selesai makan bakso.

Abang Zahid baru sampai.

Bermula dengan memakan buah-buahan dulu. Ikut sunnah Nabi.

Elin dan Nana datang bersama Abang Zahid dan Kak Uda. Konvoi.

Bergambar dengan Mak Usu.

Kois, Fai dan Amin pun datang juga.

Harith bersama Makcik Asyura dan Mama Eida.

Fai melayan Falique.

Eca menidurkan baby-nya.

Wawan heppi sebab dapat beraya di rumah kami.

Kak Esah dan Yaya layan popia simpul dulu.

Nampak heppi aje Fai.

Menikmati juadah bakso dengan penuh konsentrasi.

Abang Jamal dan Kak Hashimah berbual dengan Ibu.

Bergambar dengan Ibu di atas katil.

Bertanya khabar. Semoga sihat sentiasa.

Sambil berborak sambil makan kuih raya.

Ibuku juga berasa gembira dapat berjumpa dengan anak-anak saudaranya.

Tak lama selepas ketibaan Kak Hashimah dan Abang Jamal, tiba pula kakak-kakak iparku - Kak Uda dan Kak Esah bersama keluarga mereka. Barulah ceria sedikit  rumah kami tu dengan tetamu yang semakin ramai memenuhi ruang tamu pada kala itu. Semua tetamu nampak gayanya sangat enjoy makan menu bakso Indonesia. Tetamu selanjutnya ialah teman teater kami - Baby Zairaini dengan askar-askarnya. Tetamu kami pada hari itu tak lah ramai sangat. Pada skala yang sederhana sahaja. Seronok tengok semua tetamu enjoy manikmati juadah yang kami sediakan. Silakan makan. Makan sampai kenyang. Makan sampai licin licap pinggan mangkuk periuk belanga. Kehadiran anda dialu-alukan.

Bersambung...


Menyambung makan lagi.

Tetamu cilik yang hadir ke rumah kami.

Kois heppi sebab dah kenyang.

Kak Esah bergambar dengan putera dan puterinya - Amin dan Yaya.

Harith mengekspresi keseronokannya berada di rumah kami.

Syura, Eida, Yaya dan dua orang putera hebat.

Wawan mendukung anak bujangnya yang telah terlena.

Baby Zairaini baru sampai.

Anak-anak menikmati bakso.

Sedapnyaaaa...

Makanlah sampai kenyang.

Baby Zairaini baru nak merasa masakan bakso spesel kami.

Penuhkan mangkuk dulu sampai melimpah-ruah.



No comments:

Post a Comment