9 Jun 2019 - Pada sebelah petang, rumah kami
dikunjungi oleh sepupu-sepupuku dari Kajang. Pada sebelah malamnya pula, kami sekeluarga terus berangkat ke Gombak untuk ke rumah kakak iparku - Kak Esah. Macam-macam perkara menarik yang berlaku di rumah Kak Esah ketika kunjungan kami pada hari itu. Ada makanan yang lazat-lazat. Ada permainan game hari raya special. Ada persembahan artis terkenal zaman dulu dan zaman sekarang. Ada roller coaster dan merry-go-round. Lepas tu ada superhero Avengers turut singgah beraya di rumah Kak Esah. Kalau tak silap aku Ironman, Hulk dengan Spiderman yang datang pada malam itu. Thanos pun datang jugak. Sempena bulan raya ni, geng-geng Avengers dah maafkan Thanos dan konco-konconya. Macam mana Ironman dan Thanos boleh hidup balik? Pakai petik jarilah... Hehehe... Cuma sayangnya, masa tu aku terlalu excited sampai terlupa nak ambil gambar semua kejadian yang best tu. Yang ada cuma gambar meow ni ajelah sebagai bukti. Terserahlah kepada kalian. Nak percaya boleh, tak nak percaya pun boleh...
|
Meow ni duduk kat depan pintu masuk rumah. |
|
Tugas Meow ialah untuk menyambut tetamu yang datang. |
|
Serta mengucapkan selamat jalan kepada tetamu yang balik. |
|
Baju raya Meow ni simple aje - cuma ikat bandana kat leher. |
No comments:
Post a Comment