m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 8, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Sambutan hari jadi

Bahagian 24

Kami menyaksikan pelbagai jenis fesyen dan corak pakaian yang diperagakan oleh para peserta dalam pertandingan pakaian beragam. Berseri-seri macam sambutan Hari Raya. Macam perayaan Hari Kebangsaan. Meriah dan sangat happening. 

Selain itu ada juga acara sambutan hari jadi. Menyambut hari jadi mereka yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Terhidang di atas meja, dua biji kek untuk dipotong beramai-ramai. Deco kek itu pun sangat cantik dan dihias mengikut tema Hari Keluarga yang diraikan.

Melepaskan dahaga seketika.

Kek Hari Keluarga 2019 yang spesel.

Kek birthday untuk babies bulan Januari dan Fabruari.

Dua kek yang sangat menarik rupanya.

Pengumuman dibuat menjemput mereka yang dilahirkan pada bulan Januari dan Februari untuk berkumpul.

Jom kita sambut birthday.

Anak-anaklah yang paling excited.

Dari tadi Sabriena merenung ke arah kek yang sangat cantik itu.

Meh kita potong kek beramai-ramai.

"Lepas ni kita bagi cincang sampai lumat", kata Syafiq.

Aniza melayan Aqif memotong kek warna hijau.

Sabriena pun nak potong kek walaupun hari jadinya pada bulan April.

Aqif memotong kek purple pink pula.

Apa lagi yang ditenungkan Sabriena.

Yang paling teruja sudah pastilah anak-anak. Tak sabar-sabar mereka nak memotong kek yang cantik itu. Lagu Happy Birthday pun dinyanyikanlah. Diikuti dengan lagu Allah Selamatkan Kamu. Dan lagu Panjang Umurnya. Setelah itu barulah kek diracik halus bagi memastikan kesemua ahli keluarga dan teman-teman yang ada di situ dapat menikmati keenakan rasa kek yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Kali ini kek yang disajikan mempunyai rasa yang sangat luar biasa dan unik. Bersesuaian dengan keadaan kami yang berada di tepi pantai Jeram, kek kali ini mempunyai lima perasa yang diadunkan menjadi satu. Kek ini mempunyai perasa ikan, sotong, ketam, udang dan tapak sulaiman. Sekali rasa, pasti nak lagi. Mmmmmm.... sedapnya!!!


Berehat sebentar di atas bangku.

Sekejap lagi nak masuk acara lain pula.

Fateh merehatkan diri sebentar.

Kak Uda mengira untung pada malam itu.

Sebelum pengumuman keputusan pertandingan karaoke diumumkan, ketua juri yang juga merangkap tuan tanah, Abang Hasni telah memperdengarkan kepada kami suaranya yang sangat lunak dan merdu. Kami semua terbuai dengan alunan suara beliau yang mendayu-dayu ketika menyanyikan lagu irama Melayu. Irama yang sedemikian memang merupakan makanan Abang Hasni. Begitu juga dengan lagu slow rock. Ketika lagu didendangkan, backup dancers turut ke pentas menari-nari mengikut lentok irama yang dimainkan. Dan kami sangat terhibur. Ha tepuk!!!

Bersambung...


Ketua juri mendendangkan lagu.

Lagu Melayu irama syahdu.

Backup dancers turut beraksi.

Berlenggang-lenggok menari-nari.

Joget dan zapin bagai menyatu.

Mengikut rentak, menghibur kalbu.

Mari kita bersama berdendang.

Lagu lama tak pernah usang.

Semakin sayu mendayu-dayu.

Itulah rentak lagu Melayu.



No comments:

Post a Comment