m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, May 9, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Banyak lagi hadiah!

Bahagian 26

Beratus-ratus hadiah dengan nilai berjuta-juta ringgit telah diagih-agihkan kepada seluruh ahli keluarga yang hadir pada perhimpunan Hari Keluarga malam itu. Dan masih ada beratus-ratus lagi hadiah yang perlu dibahagi-bahagikan kepada semua yang terlibat dalam acara tahunan ini. Nak dipendekkan cerita, satu orang telah menerima berpuluh-puluh hadiah dari pelbagai jenis rupa dan nilai. Datang kereta kosong, balik kereta penuh. Sepenuh-penuhnya. Semua orang happy. Happppyyyy sangat!

Macam-macam kategori hadiah ada. Ada hadiah untuk pertandingan. Ada hadiah tukar-tukar sesama sendiri. Ada pemberian dari tuan tanah, Abang Hasni dan Kak Ogie. Malah ada juga hadiah yang diberi tanpa ada kategorinya. Saja-saja beri pasal nak beri. Dan hadiah yang kami perolehi sangatlah pelbagai. Dari bekas isi makanan, makanan ringan, souvenir, hamper, bantal dan guling, sampailah ke hadiah yang lebih mahal seperti jongkong emas, perak, titanium, gangsa, besi, timah dan tembaga. Itu tak termasuk hadiah kategori lumayan seperti kereta Ferrari, Mercedes, BMW, Lamborghini, motor Ducati, Harley Davidson dan Dodge Tomahawk. Dan hadiah yang paling luar biasa adalah kereta kebal jenis Leopard dari Germany, kapal selam Rusia dan kapalterbang Boeing 777 buatan Amerika. Nak senangkan cerita, kalian tengok sendirilah gambar-gambar di bawah ini.

Bersambung...

Menerima hadiah daripada Allahyarham Abang Leman.

Memberi hadiah kepada Allahyarham Kak Long.

Yang sulung bersama yang bongsu.

Bertukar-tukar hadiah antara Aniza dan Syafiq.

Aniza dan Syafiq menunjukkan dua tiket bertuah penginapan di Hotel Jeram Inn selama dua hari tiga malam.

Hadiah mesin basuh mini dalam kotak.

Hadiah periuk masak hi-tech hebat.

Asyraf bertukar-tukar hadiah dengan Pak Nyah.

Budi dibalas dengan budi.

Gelang emas dari pergelangan tangan sampai ke bahu di simpan dalam beg Frozen.

Aliaa juga mendapat hadiah gelang emas sedepa.

Begitu juga dengan wife aku.

Hadiah lebih istimewa buat Allahyarhamah Kak Long.

Menerima hadiah adik-beradik.

Kak Uda bersama Allahyarhamah Kak Long.

Hadiah suami isteri.

Hamper berisi makanan yang berkhasiat.

Kak Uda dan makanan berpisah tiada.

Huda juga menerima hadiah dari Pak Long.

Budak kecil hadiahnya pun kecil. Fateh dapat hadiah dari Tok Su.

Syafiq juga mendapat hadiah hebat dari ku.

Nadia pun mendapat hadiah yang sama.

Kak Uda dapat hadiah makanan spesel dalam kotak kecil.

Aku bagi hadiah khas untuk Hafez sebab sedap menyanyi tadi.

Aleesya kuberi hadiah kecil juga.

Hairi pun dapat hadiah kunci kereta Ferrari dari ku. Tapi kunci kereta ajelah.

Ienah pun dapat hadiah juga.

"Atas permintaan ramai, saya akan menyanyi sekali lagi lagu yang telah mendapat kejuaraan sebentar tadi".

"Mak Uda pun rasa macam nak menyanyi juga. Boleh ya semua?"

"Mana aciiii. Nadia pun nak menyanyi jugak".

"Kakak tak nak menyanyi. Kalau baca sajak boleh tak?"

"Sajak ini berjudul Keluargaku".

Deklamasi yang hebat dan menusuk ke kalbu.

"Mak Nyah nak menyanyi juga".

"Lagu dangdut, ya?"

"Okay, saya tutup acara menyanyi buat malam ni. Kita sambung menyanyi esok pagi, ya?"

"Sekarang masa untuk membuat ucapan".

Allahyarham Abang Ngah membuat sedikit ucapan penghargaan.

Begitu juga dengan Allahyarhamah Kak Long.

Ucapan dari hati, masuk ke hati kami.

Hadiah suami isteri juga.



No comments:

Post a Comment