Bahagian 21
Aktiviti sebelah siang sangat padat dan memenatkan. Lebih-lebih lagi
pertandingan memancing yang ada kalanya menduga ketahanan mental tatkala menanti umpan diragut ikan. Setelah solat maghrib berjemaah, atau bersendirian, kami berkumpul lagi di ruang umum. Kali ini bersiap-siap untuk makan malam pula. Kaum ibu berpakat-pakat menyediakan makanan istimewa pada malam ini. Kali ini kami ber-shell out. Tabur lauk di atas meja. Bersemangat kaum bapa menyusun meja. Membentang kertas dan daun pisang agar operasi shell out boleh dilaksanakan dengan sempurna. Dari jauh sudah terhidu keenakan haruman makanan yang sedang disediakan di dapur. Mmmmmm.... Nyummmmyyy...
|
Syauqi dan Abang Karim menyediakan meja. |
|
Allahyarham Abang Leman datang membantu. |
|
Daun pisang dibentangkan dengan kemas. |
|
Biar nampak lebih menyelerakan. Juga boleh dibuat ulam. Ulam daun pisang. |
|
Menyusun lapik di atas meja kedua pula. |
|
Lagi ramai membantu, lagi cepat kerja dapat diselesaikan. |
|
Meja sudah ready. |
|
Lauk-pauk makanan laut pun ditebarkan di atas daun pisang. |
|
Dah boleh start makan. |
Setelah meja berlapik kemas dengan daun pisang nipah yang lebar, masakan makanan laut dan sayur-sayuran segar dari tanah gambut Jeram ditaburkan di atasnya. Berseraklah segala haiwan laut di atas meja dengan perasaan senang hati. Ketam mula merangkak-rangkak sambil menyepit daun pisang. Kepah, ala-ala dan kupang bergolek-golek dari hujung meja sebelah sini sampai ke hujung meja sebelah sana berjoget lambak. Udang dan ikan berenang-renang di dalam kuah mencari arus yang tidak terlalu deras. Kuda laut meloncat-loncat bagaikan dalam acara equestrian. Ikan kerapu dan jenahak berlindung di balik sayur untuk menyerang hendap ikan-ikan kecil. Ikan lumba-lumba berlumba-lumba menghala ke pantai bagai sedang bertanding juara. Tidak ketinggalan, sotong kurita memanjangkan tangan-tangannya, merayap-rayap memanjat tiang dan alang struktur teduhan kami.
|
Tengoklah sendiri betapa berseleranya semua orang. |
|
Penuh meja dengan lauk. |
|
Faridz dan Akid dah jumpa port untuk santap. |
|
Masakan ini memang yang terbaik! |
|
Kak Timah dan Kak Uda juga tak dapat menahan perasaan terharunya bila dapat merasa keenakan masakan ini. |
|
Abang Karim berborak pasal memancing dengan Brader Anuar. |
|
"Nasib baik ada kicap Jalen. Kalau tak, Elin tak berselera nak makan", kata Elin. |
|
Mohamad juga dapat merasakan keenakan sajian ini. |
|
Makan malam anak-beranak. |
Kami sudah tak sabar. Terus mengambil pinggan, mencedok nasi, dan mengaut lauk-pauk dan sayur-sayuran yang telah seketika terhidang. Semua makan dengan sangat berselera. Tak ada komplen. Sambil makan, acara lain turut dijalankan. Ada acara karaoke. Ada acara pakaian beragam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ada acara sambutan hari jadi juga. Kami makan pun sambil-sambil saja. Sambil dihiburkan, sambil mengunyah. Oh! Alangkah sedapnya masakan yang disajikan kepada kami. Terima kasih kepada kekanda-kekanda dan anak-anak saudara yang telah menyediakan masakan yang enak ini.
Bersambung...
|
Azira sangat konsentrasi bila makan. |
|
Zila melayan anak-anak makan. |
|
Syahira pun makan dengan penuh fokus juga. |
|
Kak Ogie sedang bersiap-siap untuk pertandingan pakaian beragam. |
|
Bersama anak-anak selepas makan malam. |
|
Aleesya sempat main belon dulu. |
|
Abang Karim masih menghadap juadah di atas meja. |
|
Cedok, jangan tak cedok. |
|
Allahyarham Abang Leman bersama cucunda. |
|
Hafez sempat belasah dua pinggan nasi shell out. |
|
Huda, Azi dan Nadia makan berjemaah. |
|
Habis di-clear-kan makanan di atas daun pisang. Sampai licin. |
|
Adam sibuk makan, Mukamil tak tahu nak mula dari mana. |
|
Nak ambil jagung dulu ke, atau nak ambil sayur dulu? |
|
Duduk berehat dulu anak-beranak. |
|
Tiga generasi bersidang di meja bulat. |
|
Nicha dah selesai makan agaknya. |
|
Menanti acara selanjutnya. |
|
Pertandingan karaoke sedang berlangsung. |
No comments:
Post a Comment