9 Jun 2019 - Pada pagi Syawal hari itu, aku dan isteri telah ke Senawang, Negeri Sembilan untuk menyempurnakan satu hajat yang terpendam. Sambil tu pergilah beraya sekali di rumah yang dituju. Kami ke rumah teman serumah Syahmie di Mesir - Adib. Tujuan kami ialah untuk mengirim kuih raya kepada Adib supaya disampaikan kepada Syahmie nanti di Mesir. Syahmie tak pulang ke Malaysia untuk beraya. Sebab itulah kami nak kirimkan kuih raya buatan sendiri itu.
Kami singgah kedai beli buah tangan buat keluarga Adib sebelum menghala ke rumahnya. Kedatangan kami disambut dengan baik oleh Adib, serta kedua orang tuanya. Kami dijamu dengan makanan yang enak. Bercerita serba sedikit mengenai pelbagai hal. Dan akhir sekali kami titipkan dua balang biskut raya untuk dibawa ke Mesir. Terima kasih kami ucapkan kepada keluarga Adib. Ada kesempatan yang lain, kami akan bertandang lagi.
|
Dalam perjalanan ke Senawang. |
|
Dah pun sampai. Sekejap lagi kami nak bagi salam. |
|
Bersama Adib dan bapa Adib, Datuk Ibrahim. |
|
Bergambar di ruang tamu. |
|
Bersama Datuk dan Datin yang baik hati. |
No comments:
Post a Comment