m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 29, 2020

25 Syawal 2019: Beraya dengan Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang

29 Jun 2019 -  Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang ialah Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar yang baru. Beliau juga ialah anak saudara kepada abang iparku , Abang Mansor. Keluarga kami telah dijemput untuk hadir ke rumah terbuka beliau yang terletak di Bangi. Jadi kami pun datanglah beraya ke sana. Pada hari yang sama, kami ada beberapa hal lain yang perlu dilakukan. Tapi sempat juga kami selitkan masa untuk hadir ke rumah terbuka ini.

Kami sampai pun dah agak lewat. Kami disambut oleh Auntie Salbiah dan Abang Mansor. Terus duduk di meja makan. Makanan pertama yang aku ambil ialah kambing golek, yang kebetulan terletak sangat berhampiran dengan meja kami. Kemudian aku ambil lagi makanan-makanan yang lain yang sangat pelbagai menunya. Tak lama di situ, aku ternampak Datuk Seri Zaini. Lantas bersalaman dengannya. Dan beliau juga mempersilakan kami untuk terus menjamu selera. Antara juadah yang sangat istimewa selain dari kambing golek ialah cendolnya. Abang Mansor yang rekomen kami cuba. Memang hebat. 

Aku sebenarnya masih segan-segan lagi nak beraya di situ. Tapi sudah dijemput, kami hadir sajalah. Perkara yang sangat impressive yang aku nampak sewaktu di sana ialah adanya sebuah rak buku kecil yang terletak di luar pagar rumah, di kawasan khemah. Ini seperti menggalakkan tetamu untuk berjnak-jinak dengan budaya membaca buku ilmiah. Memang aku tak pernah melihat orang meletakkan rak buku di porch, apa tah lagi di luar pagar rumah. Kami pulang berasa sangat puas hati. Perut pun kenyang. Terima kasih kepada Datuk Seri dan Datin Seri. Kami solat asar dan maghrib di surau berdekatan sebelum pulang ke rumah.

Kami bawa Kak Uda untuk beraya sekali.

Abang Mansor menemani kami sepanjang kami berada di situ.

Wanie dah puas makan agaknya.

Inilah senyuman Sabriena yang paling manis sekali.

Syawal dan anak-anak berbusana Melayu lengkap.

Ternyata makanan di sini sedap-sedap. Itulah yang cuba dimaksudkan oleh Syawal.

Kami meninggalkan pekarangan rumah Datuk Seri setelah lewat petang.

Terima kasih kepada semua. Selamat hari raya.



No comments:

Post a Comment