Bahagian 20
Setelah puas
kami bergambar beramai-ramai di atas pasir, kini tibalah ke acara yang dinanti-nantikan oleh sebahagian besar kaum bapa. Itulah dia acara memancing ikan di pesisir pantai Jeram. Cukup lama kami menunggu air laut pasang. Akhirnya pada kira-kira jam 4 petang, barulah nampak air laut semakin merapat ke pantai. Dan balingan umpan ke tengah sudah boleh dilakukan. Aku bawa bersamaku empat batang joran untuk pertandingan memancing ini. Dua untuk aku, satu untuk isteriku, dan satu lagi untuk Amier yang juga teringin nak mencuba nasibnya memancing di pantai. Tak ada undang-undang khusus cara macam mana nak mengikat perambut dan mata kail. Jadi aku menggunakan teknik mata rambai. Satu joran ada dua atau tiga mata kail bagi memastikan peluang ikan mengena lebih tinggi.
Ada beberapa kategori yang dipertandingkan pada musim kali ini:
1. Kategori ikan tercepat naik darat
2. Kategori ikan terbesar/berat
3. Kategori ikan terbanyak
Tak kiralah ikan spesis apa sekali pun. Bahkan kalau ikan duyung yang naik sekali pun akan dikira untuk pemarkahan.
|
Joran sudah disiapkan sejak awal pagi lagi. |
|
Ini waktu aku memancing di awal pagi. Tiada hasil. |
|
Kumpau di pagi hari. |
|
Amier bersemangat nak memancing bersamaku. |
|
Aku pasang joran dan membuat balingan. Kalau dapat ikan, Amier akan karau tali. |
|
Menanti joran melengkung ditarik ikan di tengah panas. |
|
Masih belum ada apa-apa tindak balas dari laut. |
|
Joran-joran tersusun dengan kemas. |
|
Siapalah yang sudi menjamah umpan yang disajikan. |
Kebanyakan kami menggunakan umpan udang pasar. Ada udang besar, dan ada juga udang kecil. Di sini pantainya berselut. Kalau kat kawasan selut ni selalunya yang banyak ikan belukang a.k.a. ikan blues gang a.k.a. ikan sarjan misai. Ikan ini bukanlah dari jenis spesis yang digemari ramai kerana sifatnya yang suka makan macam-macam seperti sampah, bangkai, selut, kereta kebal dan kapal selam Rusia. Tapi di kawasan ini, kami diberi tahu ikannya lebih cermat dari segi diet mereka. Maknanya kalau nak buat lauk pun boleh saja. Takda hal.
|
Syauqi dan Abang Zahid menanti sambaran ikan di bawah teduhan atap pelepah kelapa. |
|
Cuaca memang tengah panas terik pada waktu ini. |
|
Faridz memancing ikan menggunakan kaedah membaling bola keranjang ke arah ikan yang timbul. |
|
Geng-geng kumpau. |
Aku mencangkukkan umpan udang pasar di mata kail, dan melontarkan umpan jauh ke tengah, sehingga hampir sampai ke pulau Sumatera. Belum pun sempat aku mengarau tali untuk menegangkannya, tiba-tiba joranku melendut, membengkok dengan sentapan kuat dari hujung tali. Aku lantas menyentap kuat, dan mula mengarau tali yang tersimpan dalam kekili. Dekat tiga hari jugak aku mengarau tali sebelum akhirnya aku terlihat kelibat ikan berenang menghala ke pantai diseret olehku. Kail tertancap kemas di bibir ikan. Bila kubawa dekat, ternyata ikan itu ialah ikan belukang. Besarnya boleh tahan juga. Mungkin hampir mencecah satu kilo. Aku menjerit kegembiraan bagaikan Tarzan the Ape Man. Juara kategori ikan terpantas didaratkan sudah pun sahih menjadi milikku. Aku perlu mencari ikan yang lebih besar dan dalam bilangan yang banyak agar aku dapat memenangi kategori-kategori yang lain juga.
|
Ikan pertama yang berjaya dinaikkan dalam pertandingan ini. Seekor belukang. |
|
Gembiranya aku tidak terkata. |
|
Bersama Amier yang sangat bersemangat. |
|
Kalau dah pandai nanti bolehlah buat balingan sendiri. |
|
Bersama Amier dan isteri tersayang. |
Peserta-peserta lain nampak gayanya masih gagal menaikkan ikan. Ada joran yang ditarik ikan marlin seberat 50 kilogram, namun gagal didaratkan kerana tali perambut putus. Ada pula beberapa peserta yang umpannya dimakan ikan GT (giant trevally) namun gagal dinaikkan kerana mata kail patah. Seorang peserta berjaya menarik ikan kerapu bara 7 kilogram, tetapi gagal membawanya ke pantai kerana joran patah. Dan seorang peserta yang lain umpannya dibaham oleh hammer head shark seberat 100 kilogram, namun ikan itu berjaya menarik pemancing tersebut ke tengah laut. Ketika tempoh memancing hampir tamat, umpan yang terpasang di pancing Wawan telah diratah rakus oleh seekor ikan. Ikan itu berjaya didaratkan. Seekor ikan belukang jantan berskala lebih besar dari ikanku yang tadi telah berjaya dinaikkan. Oh, by the way, macam mana nak tahu ikan belukang jantan dengan betina? Jawapannya ialah, kalau ada misai itulah ikan jantan. Kalau tak ada misai, itulah ikan betina. Akhirnya juara kategori ikan terbesar jatuh kepada Wawan. Yang lain-lain aku pun dah tak ingat. Kami memancing sehingga maghrib, baru kami berhenti.
Bersambung...
|
Wawan menaikkan ikan belukang pada waktu senja. |
|
Inilah ikan terbesar pada pertandingan kali ini. |
|
Belukang pun belukanglah. Janji juara!!! |
|
Syauqi masih belum dapat hasil. |
|
Kami memancing sehingga matahari terbenam. |
|
Dan buat posing romantik sikit. Hehe... |
No comments:
Post a Comment