6 Jun 2019 - Masih kisah beraya di kampung. Sebenarnya, sebelum kami pergi beraya di rumah Makcik Mini, kami telah terdahulu pergi beraya di rumah Kak Zaini dan Abang Muin. Mereka ini sebenarnya pangkat anak saudara ibu aku. Aku mula kenal saudara-saudara aku ini pun semasa aku dalam group whatsapp keluarga Toi (keturunan Toi ni adalah level datuk nenek kami). Ibu sekali-sekala ada berbual dalam telefon dengan Kak Zaini sampai mereka menjadi agak rapat. Akhirnya pada perayaan aidilfitri kali ini, Ibu memutuskan untuk menziarahi anak-anak saudaranya ini. Kami menurut saja.
Pakcik Tahar ikut kami beraya di rumah Abang Muin dan Kak Zaini. |
Amier layan diri ambil kuih dalam balang. |
Makan kuih raya juga. |
Dah selesai makan. Duduk berehat di kerusi. |
Kak Zaini melayan baik ibuku. |
Yana juga berehat setelah makan. |
Begitu juga dengan Farid dan Wanie. |
Kami rehat-rehat saja membiarkan Ibu bersembang panjang dengan Kak Zaini. |
Sementara itu, Pakcik Tahar duduk bersembang dengan Abang Muin. |
Pakcik Tahar turut beraya bersama kami di rumah Kak Zaini dan Abang Muin. Sementara yang tua duduk bersembang, kami melayan kuih-muih dan makanan yang dihidangkan. Sambil-sambil tu kami bermain-main dengan seekor kucing peliharaan mereka yang sangat jinak, manja dan comel. Kucing tu sampai nak ikut kami balik. Nasib baik aku tak bawa kucing tu naik kereta. Kalau aku ajak, mesti kucing tu tidak ragu-ragu akan mengikut kami balik ke Kuala Lumpur. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih, dan maaf zahir batin kepada kedua mereka - Kak Zaini dan Abang Muin. Ada kesempatan, kami akan singgah lagi. Dan sudi-sudilah melawat kami di Ampang bila negara kita sudah bebas dari ancaman covid-19.
Membelek-belek gambar dalam handphone. |
Amier terus makan kuih dalam balang. |
Ini isteri dan anak Hasyimi. |
Ini halaman luar rumah. |
Ada pokok kelapa tinggi di depan rumah. |
Hasyimi bersantai di luar rumah. |
Menikmati angin luar yang segar. |
Bersama si meow yang sangat comel dan jinak. |
Dia nak ikut kami balik KL. |
Kak Zaini dan Ibu sebelum kami beredar dari situ. |
No comments:
Post a Comment