Masing-masing telah selesai bersarapan nasi lemak panas yang ohsem. Ada yang dah mula bergerak pulang ke rumah. Dan kami yang masih tinggal, ada lagi aktiviti sampingan yang tak sempat diselesaikan malam semalam. Antaranya ialah acara memberi hadiah kepada sanak-saudara. Tapi aku pun dah tak ingat hadiah apa yang diberikan itu. Dan untuk kategori apa? Yang penting acara Hari Keluarga kali ini memang banyak sungguh hadiah diagih-agihkan kepada peserta yang terdiri dari ahli keluarga. Memberi dan menerima adalah budaya keluarga kami.
Memberikan hadiah kepada Hani. |
Hadiah buat Allahyarhamah Kak Long pula. |
Masih memberi hadiah. |
Hadiah buat Kak Ogie. |
Inilah kali terakhir aku dapat bergambar bersama Allahyarhamah kekandaku Kak Long. |
Layan karaoke sebentar. |
Huda jadi back-up singer. |
Hani pun menyanyi bersama ibu. |
Qalif pun join in sama. |
Suasana pantai Jeram yang cantik. |
Banyak tempat teduhan untuk berkelah dan beristirahat. |
Siapa berminat boleh datang ke sini. |
Gelanggang bola tampar juga ada. |
Sebelum berangkat pulang, kami adakan satu lagi sesi karaoke last round bagi peminat-peminat seni suara tanah air. Bergilir-gilirlah kami menyanyi sampai puas. Aku pun turut menyumbangkan suara pada pagi itu. Bukan senang nak dapat peluang menyanyi kuat-kuat penuh perasaan dengan muzik iringan. Dan yang penting siap pakai mikriofon lagi tu. Boleh menyanyi sampai tiga empat lagu sekali jalan. Dan boleh buat tak faham aje. Aku sendiri sound sampai beberapa lagu. Dan lagu yang dinyanyikan itu ialah lagu-lagu yang aku tak pernah terfikir nak menyanyi pun. Itulah yang best-nya.
Akhirnya sampailah waktu untuk kami semua beredar dari pekarangan ruang Hari Keluarga ini. Kami bersalam-salaman dan mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Abang Hasni dan Kak Ogie yang telah menjadi host yang sangat baik bagi kami semua. Semua kekanda-kekanda dan anak-anak saudara, serta cucu-cucu saudara yang telah bekerja keras memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan pertemuan Hari Keluarga ini berjalan dengan baik. Dan kehadiran anak-anak kecil sudah pasti menambahkan lagi kemeriahan suasana dengan jerit tawa mereka ketika bermain, berkejar-kejar dan bergurau senda.
Adakah pada tahun 2020 ini akan ada lagi perhimpunan seumpama ini? Mungkin belum sesuai selagi wabak covid-19 ini masih berleluasa. Dan kalau diadakan lagi pun Hari Keluarga pada tahun-tahun akan datang, sudah pasti tidak sama seperti ini lagi. Kita kehilangan sebahagian ahli keluarga yang sangat kita sayangi yang telah memberi impak besar terhadap kehidupan kita sehari-hari. Buat mereka yang telah pergi, kita hadiahkanlah bacaan doa dan Al-Fatihah secara istiqomah. Al-Fatihah.
T A M A T
Atas permintaan ramai, Hafez menyanyikan semula lagu yang telah menjadikan beliau juara karaoke pada malam semalam. |
Qalif juga berbakat besar seperti bapanya. |
Menyanyi dengan penuh perasaan. |
Abang Zai turut berdendang sebelum pulang. |
Peluang menyanyi sebegini tak selalu ada. |
Berborak adik beradik. |
Faridz dan Azi memilih lagu untuk berduet. |
Cari lagu yang romantis sikit. |
Azi memulakan nyanyian. |
Diikuti oleh Faridz. |
Para pekerja sedang berehat dan makan siang. |
Amier memastikan dia juga berpeluang untuk menyanyi sebelum pulang. |
Menyanyikan lagu-lagu kegemaran ramai muda-mudi. |
Mengasah bakat seni suaranya. |
Semakin lama semakin tajam. |
Tajam macam pisau belati. |
Giliran Hafez untuk menyanyi. |
Menyanyi penuh perasaan sampai peluk tiang bangunan. |
Inilah penghayatan tahap dewa. |
Dah selesai menyanyi baru boleh lepaskan pelukan pada tiang tadi. |
No comments:
Post a Comment