16 Jun 2019 - Pada hari yang ke-20 Syawal tahun lalu, kami duduk di rumah lagi. Menanti tetamu untuk hadir beraya di rumah kami. Kami tak buat open house besar-besaran. Sekadar masak sedikit juadah dan menjemput teman-teman rapat dan beberapa saudara-mara unuk dijamu. Ada sebahagian kawan dan saudara telah datang lebih awal. Yang berkesempatan, telah singgah di rumah kami pada hari itu.
Antara yang hadir pada hari itu ialah teman-teman teater kami - Along Yusry, Kak Yatie, Sadiq, Een dan Mummy. Sepupuku, Abang Wira juga datang dengan isterinya. Dan teman sepejabat isteriku, Rahma datang dengan keluarganya. Dalam kelompok kecil lebih mudah kami berinteraksi dan berbual santai. Para tetamu nampaknya mula bergerak pulang apabila waktu maghrib menjelang. Kepada semua tetamu kami pada hari itu, kami mengucapkan terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah kami. Kami ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
|
Mummy dan Een sedang menjamu selera. |
|
Makan-makan di tepi dapur. |
|
Ada sesuatu yang menggeletek hati Kak Yatie. |
|
Bercerita tentang bahaya virus corona. |
|
Vaccine nya masih belum ditemui. |
|
Along Yusry memakai baju yang matching dengan warna rumah kami. |
|
Sebahagian dari teman-teman teater kami. |
|
Abang sepupuku, Abang Wira dan isteri. |
|
Anak kepada teman isteriku. |
|
Mereka ini sangat peramah dan happening. |
|
Suka buat facial expression yang lucu. |
|
Rahma bersama dua orang puterinya. |
|
Bergambar bersama Rahma. |
|
Bergambar bersama geng-geng teater. |
|
Bergambar puas-puas sebelum berangkat pulang. |
No comments:
Post a Comment