m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 17, 2020

1 Syawal 2019: Beraya di rumah Kak Long 2

Bahagian 2 (Akhir)

Kami masih lagi berada di rumah Abang Zai dan Allahyarhamah Kak Long. Sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan sejurus kami sampai di situ. Dan kami juga telah selesai makan malam - juadah hari raya yang sangat pelbagai menunya. Kini kami berehat santai di ruang tamu sambil menonton televisyen, sambil mengunyah kuih-muih, serta bersembang kosong. Tak lama kemudian, terdengarlah suara memanggil kami untuk keluar ke halaman hadapan bagi acara membakar bunga api.

Amier bersama Abang Saleh dan Mak Teh.

Rushdi melayan Aisyah.

Wanie sempat menukilkan sesuatu di atas kertas.

Syafiyah dan remote tv.

Yusuf di samping Mama dan Mama Yaya.

Keluarga Abang Man dan Kak Esah bergambar bersama Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai.

Keluarga ini sebenarnya lebih besar lagi.

Setahun cuma sekali saja bergambar sebegini.

Amier dan Mukamil sudah menunggu di luar rumah.

Begitu juga dengan Saleh, Akid dan Taufiq.

Menanti saat bunga api KLCC hendak dibakar.

Yang dewasa juga turut bermain bunga api jenis tangkai.

Yusuf juga tidak ketinggalan.

Akid mendukung anak saudaranya.

Anak-anak kecil bergegas keluar. Masing-masing ingin bermain bunga api tangkai. Itulah bunga api yang paling asas sekali dan tidak berbahaya. Aku yang dah dalam kategori datuk-datuk ni pun selalu juga main bunga api jenis ini pada malam hari raya. Malah ada kalanya turut membelinya di gerai-gerai tepi jalan. Seronok melihatkan anak-anak berasa terhibur dengan aktiviti seumpama ini. Sambil aku turut bermain bunga api, aku juga memberi perhatian terhadap keselamatan anak-anak ketika bermain.

Tak lama kemudian, bunga apa KLCC pula dibakar oleh anak-anak saudara yang lebih dewasa. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh kami semua. Ingin melihat bunga api meletup di angkasa tinggi. Pecah membentuk cahaya bunga yang berwarna-warni yang sangat menarik. Aku duduk jauh dari tempat bunga api dibakar. Risau juga akan  keselamatan diri sendiri. Yang bagusnya, jiran-jiran sangat memahami tingkah kami merayakan malam hari raya itu. Tak seorang pun yang keluar rumah untuk komplen.


Ayah dah datang nak ambil baby.

Anak-anak seronok bermain bunga api tangkai.

Zarith juga bermain bunga api.

Sabriena sangat seronok.

Habis satu, bakar lagi satu.

Dan kadang-kadang bakar sekali dua.

Bunyi letupan bunga api ada kalanya sangat kuat dan bingit.

Siapa tak tahan, boleh tutup telinga.

Pian mendukung Aqif.

Aniza dan Shafiqah terpegun dengan kecantikan percikan bunga api.

Kak Esah dan Kak Piah juga tak mahu ketinggalan menyaksikan permainan bunga api.

Zila siap buat recording video lagi.

Menyaksikan dengan penuh kekaguman.

Bunyi terlalu kuat, Sabriena tutup telinga.

Sebaliknya Zarith lebih terbuka.

Terserlah keseronokan yang dipamerkan.

Masih menutup telinga kerana bunyi-bunyian yang sangat bingit.

Asyraf turut merakam video.

Begitu juga dengan Akid.

Sebelum pulang, aku sempat mengambil gambar Abang Zai dan Allahyarhamah Kak Long bersama keluarga anak-anak dan cucu. Malam sudah agak larut pada waktu itu. Tapi malam raya memang selalu begitu. Kami sengaja meluang masa lebih lama untuk berada di samping ahli keluarga yang tersayang. Selamat hari raya semua. Tahun 2020 ini, sambutan hari raya sudah tak mungkin sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya.


T A M A T


Keluarga Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai bergambar bersama.

Seronok dapat beraya beramai-ramai macam ini.

Aku tolong ambil gambar sebelum bergerak pulang.

Siapa yang buat "dab" tu?

Okay, yang ini pose formal sikit.



No comments:

Post a Comment