Bahagian 18
Macam-macam
acara sukaneka telah dilangsungkan. Kini tiba acara yang melibatkan pasangan suami isteri, adik-beradik atau ibu anak. Acara ini dinamakan "Sambutlah Sayang". Tapi sebenarnya sambut belon yang berisi air. Kalau ada himpunan Hari Keluarga, permainan ini mesti kami anjurkan. Dah jadi tradisi. Dan pastinya menyeronokkan!
Belon pelbagai warna diisi dengan air. Tidak terlalu penuh, dan tidak terlalu sedikit. Sekadar boleh dilambung dan ditangkap dengan selesa tanpa mudah pecah. Kami diberi sebiji belon untuk satu pasangan. Mula-mula merapat. Kemudian semakin menjauh. Undang-undangnya mudah - baling dan tangkaplah belon. Siapa terlepas, dia tersingkir. Kalau belon pecah, dia juga tersingkir. Itu saja. Jom kita mulakan.
|
Menanti permainan tradisi dimulakan. |
|
Bersama pasangan masing-masing. |
|
Penyelaras acara, Hafez memanggil semua peserta untuk berkumpul. |
|
Dan kami pun berkumpul tanpa lengah. |
|
Masing-masing telah cukup bersedia. |
|
Kaum ibu juga telah bersedia. |
|
Kami diarahkan untuk merapat. |
|
Dan saling berpegangan tangan. |
|
Menambah kemesraan. |
|
Tangan jangan dilepaskan. |
|
Aqif pun nak main jugak nampak gayanya. |
|
Tapi tak ada pasangan. |
|
Huda berpasangan dengan Azira sebab Hafez terpaksa menjadi juri. |
|
Masih berpegangan tangan lagi. |
|
Bagai enggan terpisahkan. |
|
Belon diagih-agihkan kepada kami. |
|
Semua pasangan telah mendapat sebiji belon hikmat. |
|
Pegang belon elok-elok. Jangan bagi jatuh. |
|
Azira memegang belon bagai menatang minyak yang penuh. |
|
Oops! Ada pengumuman lagi ke? |
|
Peserta sudah tak sabar-sabar nak memulakan permainan. |
|
Cuaca semakin panas. |
|
Tapi masih belum boleh mula lagi. |
Bermula dengan jarak setengah meter dari pasangan masing-masing. Sangat mudah. Belon tak perlu dilambung. Sekadar menghulur dan menerima dengan tertib. Kemudian pasangan dijarakkan lagi sejauh dua langkah. Masih lagi mudah. Tetapi gementar sudah mula dirasakan. Semakin jauh jarak antara pasangan, semakin meningkatlah rasa cemas, gementar, dan ragu-ragu. Hanya keyakinan diri yang tinggi mampu mengatasi segala rasa negatif ini. Bila diri tidak yakin, mulalah membuat balingan yang bukan-bukan. Terlalu kuat, terlalu lemah, atau terus tersasar dari target. Itulah yang sering berlaku. Ini adalah perasaan yang tidak mudah dibendung.
Namun demikian, pada permainan kali ini, kesemua pasangan nampaknya mempunyai kuasa jati diri yang tinggi. Belon dilambung dan disambut dengan penuh konfiden. Semakin lama semakin jauh jarak kami dari pasangan masing-masing. Dan kini kalau diukur dengan pita ukur, jarak di antara pasangan sudah mencecah 3 kilometer. Dan permainan masih diteruskan. Bila jarak mencecah angka 15 kilometer, barulah seorang demi seorang mula kecundang. Yang tinggal hanya beberapa pasangan sahaja yang masih mampu bertahan. Dipendekkan cerita, pemenang kali ini jatuh kepada pasangan Abang Karim dan Kak Sabar. Dan pada ketika itu jarak di antara kedua pasangan itu adalah kira-kira dari Pulau Batam ke Songkhla, Thailand. Itulah rekod dunia paling jauh sekali yang pernah dicatatkan dalam permainan ini.
Bersambung...
|
Permainan hampir dimulakan. |
|
Balingan pertama sangatlah mudah dot com. |
|
Semua pasangan berjaya melangkah ke round kedua. |
|
Terserlah kegembiraan di wajah masig-masing. |
|
Jom kita bergerak lebih jauh lagi. |
|
Kalau dekat sangat tak mencabar. |
|
Sekarang barulah lebih mencabar. |
|
Kaum ibu sedang bersedia untuk menyambut belon air. |
|
Belon dilemparkan dengan penuh kasih sayang. |
|
Semua orang dapat menangkap dengan jayanya. |
|
Jarak ini pun masih terlalu mudah bagi kami. |
|
Pakar-pakar lambung dan sambut sedang beraksi. |
|
Ternyata sangat kacang. |
|
Abang Karim berjaya menangkap belon menggunakan kaki sebelum belon mencecah tanah. |
|
Kak Sabar berjaya menyambut belon dengan penuh kesabaran. |
|
Penangkap-penangkap belon yang terhandal di dunia. |
|
Ini scene baru mula tadi. |
|
Cuba perhatikan masing-masing dengan gaya profesional. |
|
Bagai menanti buah tak gugur. |
|
Terserlah kasih sayang di antara pemain. |
No comments:
Post a Comment