m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 28, 2020

13 Syawal 2019: Meraikan teman-teman akrab

17 Jun 2019 - Pada hari ke-13 Syawal, rumah kami dikunjungi oleh teman-teman akrab adikku. Mereka semua datang untuk beraya. Dan kami pula telah memaklumkan kepada mereka juadah yang bakal dihidangkan kepada mereka. Juadah istimewa yang tak mudah dijumpa di mana-mana. Terutama di bandar-bandar. Juadah yang tersohor di kalangan orang-orang Jawa. Itu pun di kampung-kampung sahaja. Dan bukan semua kampung masih menyajikan juadah seumpama ini. Itulah dia "nasi ambeng". Nasi putih berlapik daun pisang, dengan lauk-pauk istimewa. Ada ayam goreng berempah. Ada sambal goreng Jawa. Ada daging masak kicap. Ada ulam timun. Kadang kala ada juga kami iringkan bergedil. Dan yang paling istimewa ialah serunding kelapa spesel. Cara kami tak letak mi goreng. Tetapi rasanya tetap nombor satu! Dan sebahagian teman-teman adikku memang pernah merasa masakan ini. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa mereka datang lagi ke rumah kami - untuk menikmati kelazatan nasi ambeng terbaik di Ampang Jaya.

Adikku bersama teman-temannya.

Ini baru sebahagian yang hadir.

Sebahagian yang lain masih lagi duduk-duduk di ruang tamu.

Ardi baru nak menikmati nasi ambeng.

Kebanyakan yang lain telah pun selesai makan.

Tetamu-tetamu kami itu kelihatannya sangat teruja dan berselera menikmati masakan nasi ambeng yang kami hidangkan. Alhamdulillah! Seronok kami bila melihat mereka makan bertambah-tambah. Ada yang kami bekalkan nasi ambeng bungkus untuk dibawa pulang. Orang Jawa panggil 'nasi berkat'. Sepatutnya makan dalam talam ramai-ramai. Barulah 'feel' dia lebih sikit. Mungkin bukan kali ini. Lain kali kita boleh cuba, ya? Terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang beraya ke rumah kami. Jika ada kesempatan yang lain, sudi-sudikanlah singgah di rumah kami lagi. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

'Nasi berkat' untuk dibawa pulang.

Ada yang sudah hendak beredar.

Ardi dan Jali masih di sini.

Kalau tak ada urusan lain, duduklah lama sikit di sini.

Ibu, Yana dan isteriku duduk di suatu sudut yang lain.

Membiarkan para tetamu menikmati keceriaan malam raya hari yang ke-13.



No comments:

Post a Comment