9 Jun 2019 - Rumah Kak Esah dengan rumah Abang Sohaimi tak jauh jaraknya. Bisik "Yusuf Taiyoob" aje pun boleh dengar. Jadi dari rumah Kak Esah, kami semua dah pakat-pakat nak serbu rumah Abang Sohaimi. Aku telefon dulu Abang Sohaimi nak pastikan dia ada di rumah. Bila confirm ada saja, terus aku maklumkan yang lain. Dan terus menyusun strategi cara bagaimana nak serang rumah Abang Sohaimi. Setelah Kak Esah dan keluarga bersiap, kami secara serentak telah menyerbu ke rumah Abang Sohaimi, seperti peminat menyerbu ke arah artis pojaan hatiku.
"Assalamualaikum! Kami datang nak beraya!!" jerit kami di luar pagar.
Nasib baik aku dah maklumkan Abang Sohaimi niat kami untuk beraya di rumahnya. Kalau tak, sudah pasti Abang Sohaimi terkejut. Kami disambut dengan baik dan mesra oleh Abang Sohaimi suami isteri. Dijamu dengan juadah raya yang enak. Maka berborak-boraklah kami untuk satu tempoh yang munasabah. Kemudian kami pun minta diri untuk pulang. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat sepupu kami, Abang Sohaimi serta keluarga. Terima kasih kerana telah melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana. Ada rezeki, negara aman, covid-19 pupus, insya Allah kita akan bersua dan bersembang lagi.
Bersama Abang Sohaimi. |
Bergambar dengan tuan rumah. |
No comments:
Post a Comment