Semua tetamu berasa sangat puas hati dapat merasa menu daging salai masak lemak cili api. Inilah juadah spesel setiap kali kami berkunjung ke rumah Makcik Mini. Ditambah pula dengan jeruk tenggiri goreng. Memang terasa kesedapannya sampai ke otak! Itu belum cakap pasal teh tarik lagi. Bagai ditarik-tarik badan ini bila meneguk keenakan teh tarik menyelinap melepasi tekak. Aduh! Susah nak diceritakan secara tepat. Kena rasa sendiri baru tahu.
Ema, Hana, Wani, Makcik Mini bersama isteriku. |
Bergambar di serambi dahulu sementara menanti crowd yang lebih besar tiba. |
Ahli keluarga sudah bertambah besar. |
Dan semakin besar. |
Ada lagi yang belum masuk. |
Tak apa. Kita ambil gambar siapa yang ada di sini dulu. |
Ambil gambar pakai I-phone dulu. |
Ibuku juga telah diajak untuk bergambar bersama-sama. |
Masa ni pakcik-pakcik belum join lagi. |
Sekarang bapak-bapak pun join sama. |
Laksamana Amier memastikan suasana terkawal dan penjarakan sosial dipatuhi. |
Aku dan Hasyimi pula enter frame. |
Bersembang adik-beradik. |
Membelek mesej sebentar. |
Azfar, Wani dan putera mereka. |
Azfar di samping Mama dan Wani. |
Masih dengan posing yang sama. |
Azfar mendakap kedua-dua orang wanita yang sangat disayangi. |
Makcik Mini dengan ibuku. |
Sesudah makan dan minum sampai kenyang, kini tibalah pula masa untuk bergambar beramai-ramai. Dulu kami jarang buat macam ni. Tapi aku rasa elok juga diabadikan saat-saat manis seperti ini di dalam foto. Lihatlah sendiri pada tahun ini (2020), dah tak boleh dan beraya macam selalu. Nasib baik jugaklah ada gambar kenangan yang diambil. Bolehlah belek-belek gambar bila tak dapat balik kampung. Ruang serambi rumah Makcik Mini ni besar juga. Muatlah kami nak berkumpul dan bergambar di situ beramai-ramai. Siap ada tempat duduk batu lagi. Memang sesuai sangat.
Sebelum berangkat pulang, kami bersalaman dan bermaafan. Terima kasih banyak kepada Makcik Mini serta keluarga kerana telah melayan kami dengan baik sekali. Kami tak pernah rasa terasing bila datang ke sini. Ini menjadikan kami tak sabar-sabar untuk berkunjung lagi ke rumah Makcik Mini pada masa-masa akan datang. Bila wabak covid-19 ini dah reda dan rantaiannya dah terputus, bolehlah kami ke sini lagi ya? Selamat berpuasa dan berhari raya dengan normal yang baru pada tahun 2020 ini.
T A M A T
Sebahagian keluarga Pakcik Rizali. |
Selesa duduk di serambi. |
Hisham dan Pakcik Tahar. |
Ada sesuatu yang menggeletek hati mereka. |
Farid merenung cicak di siling. |
Mengulangkaji nota-nota kuliah. |
Isteriku menunjukkan sesuatu kepada Makcik Mini. |
Gambar yang sudah pasti menceriakan. |
Laksamana Amier berkawal di sempadan. |
Semua orang nampaknya sedang mematuhi SOP PKPB. |
Sempat bergambar dalam gelap. |
Bertemu lagi sebelum berangkat pulang. |
Insya Allah kita akan bertemu lagi pada masa-masa akan datang. |
No comments:
Post a Comment