m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 7, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Jom kita berdendang!

Bahagian 22

Sewaktu semua ahli keluarga sedang enak menjamu selera malam, acara pertandingan karaoke juga telah dilangsungkan secara serentak. Bolehlah mendengar alunan suara merdu sambil menikmati juadah shell-out. Pertandingan karaoke ialah satu lagi acara yang memang ditunggu-tunggu apabila Hari Keluarga diadakan. Hampir separuh ahli keluarga akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dari yang tak pandai menyanyi, sampai pandai menyanyi pasal dah terbiasa. Ini juga merupakan salah satu acara favourite aku sebab aku pun suka juga nak melalak dengan alunan muzik sekali-sekala.

Oleh kerana itu, aku telah menawarkan diri untuk menjadi orang pertama yang akan mendendangkan suara pada pertandingan kali ini. Dan kali ini juga aku plan nak buat kelainan. Selalu sangat menyanyikan lagu balada. Sesekali nak pekena lagu irama atau genre lain juga. Dalam banyak-banyak genre, aku pilih irama dangdut. Lagu "Yang Sedang-sedang" nyanyian Iwan. Tak pernah dibuat aku sebelum ini. Jadi aku pun ambillah mikrofon untuk memulakan nyanyian, menanti lirik keluar di monitor. Sekali kata penyelia acara, yang juga merupakan tuan tanah, Abang Hasni, pertandingan kali ini tak boleh tengok monitor. Kena hafal lagu, atau tengok lirik kat kertas atau hand phone. Aduh! Terjerat aku dengan pilihan lagu tadi. Ahhh! Bedal ajelah. Saja suka-suka. Bila muzik masuk aje, aku pun mulalah buka mulut dan berdendang. Hancurrrr!!!

Memulakan nyanyian dengan merujuk kepada lirik di telefon yang kupinjam dari Ienah.

Aduh! Apa pulak yang ditulisnya. Mataku tak nampak jelas tulisan yang kecil.

Telefon aku pulak dah habis bateri.

Ah! Bedal ajelah, Janji ada bunyi.

Menyanyi tak ada perasaan.

Tiba-tiba aku tarik penuh perasaan macam menyanyi lagu sedih. Padahal menyanyi lagu dangdut, kot?

Terpaksa tengok screen sekejap. Tapi screen pulak kecil daaaa...

Upon request, one more song! Hahaha...

Abang Zai pun dah lama tak menyanyi.

Asyik jadi juri profesional aje.

Kali ni Abang Zai berpeluang untuk menyanyi lagu pilihan.

Suara Abang Zai macam suara Brorey Marantika sikit.

Amier pun mendaftar untuk masuk pertandingan menyanyi.

Lagu yang Abang Zai nyanyikan ini agak panjang juga.

Lagu pilihan dari era 70an.

Abang Zai yang dah lama tak menyanyi pun turut menyanyi pada kali ini. Selalu Abang Zai jadi juri. Kali ni tuan tanah kata biar dia yang jadi juri. So, yang lain-lain semua boleh menyanyi. Tak kira tua atau muda. Dewasa atau kanak-kanak. Siapa berani, sila tampil ke hadapan. "Sumbangkan" lagu. Penyertaan kali ini kalau tak silap aku hampir dua puluh orang. Zaman dulu-dulu, masa kami buat Family Day, aku rasa lagi ramai yang masuk pertandingan menyanyi. Sekarang dah kurang sikit nampak gayanya.

Giliran Kak Timah pula untuk memegang mikrofon.

Syafiq juga ingin mendendangkan sebuah lagu.

Syafiq menyanyikan lagu berjudul "Di Mana Kan Kucari Minyak Di Laut Dalam".

Nyanyian yang memukau semua penonton di stadium.

Nadia pula menyanyikan lagu "Henfonku Berbunyi".

Asyraf dengan lagunya "Kau Si Paparazzi". 

Lagu itu ditujukan khas untuk aku.

Syafiyah dengan lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Kalau tak silap aku, Fai menyanyikan lagu berjudul "Batu" kot. Atau pun "Pasir" nyanyian Sweet Charity.

Kali ni menyaksikan beberapa ahli keluarga yang selalulnya menjadi penonton, tetapi kini ingin mencuba nasib dalam bidang seni suara. Antaranya termasuklah Fai, Syafiq, Salina dan Hairi. Zila yang dah lama tak menyanyi pun menyanyi semula. Kebanyakan mereka mempunyai bakat terpendam yang disimpan dari pengetahuan umum sejak berzaman lamanya. Wajah-wajah kaki karaoke pada Hari Keluarga pula termasuklah aku, wife aku, Kak Timah, Kak Ogie, Syafiyah, Allahyarham Abang Leman dan Abang Karim. Oleh kerana aku tak tangkap video nyanyian peserta pada kali ini, kalian lihat sendirilah gaya-gaya profesional kami semua. Dan bayangkanlah betapa sedap, lunak, enak, lemak, merdu, syahdu nyanyian kami ini. 

Pada kali ini, penyanyi yang outstanding adalah Hafez. Hafez menyanyi memang selalunya sedap didengar. Cuma kali ini rempah ratusnya lebih sempurna dan nyanyiannya lebih menyerlah. Kejuaranan karaoke yang dimenangi Hafez pada kali ini tidak siapa mempertikaikannya, kerana bagai telah diduga. Tahniah buat Hafez dan semua yang bertanding.

Bersambung...


Abang Karim membelek-belek monitor sejak seminggu lepas untuk memilih lagu.

Akhirnya memilih lagu irama Malaysia.

Judul lagu "Perjalananku Ke Bangkok".

Hafez sedang menyedut aura bayu laut sebelum memulakan nyanyian.

Allahyarham Abang Leman turut menyanyi.

Antara peserta yang mempunyai suara yang lunak.

Isteriku nak buat pengumuman sebentar. Ada sambutan hari jadi kalau tak silap aku.

Kak Timah berpeluang memegang mikrofon lagi.

Memilih lagu heppi-heppi untuk didendangkan.

Jarang sangat Kak Timah menyanyikan lagu balada.

Wawan yang bersuara sedap juga nak masuk bertanding menyanyi.

Judul lagu ialah "Liverpool atau United?"

Zila juga mempunyai suara yang lunak. Dah lama Zila tak menyanyi.

Kali ni ingin mencuba lagi.

Memberikan penghayatan yang 200 peratus.

Amier sejak kebelakangan ni memang suka benar menyanyi.

Amier memiih lagu Salem berjudul "Tinggal Kenangan".

Isteriku juga salah seorang yang regular dalam berkaraoke.

Lagu favourite ialah "Kasih" nyanyian Hetty Koes Endang. Tapi kali ni menyanyi lagu lain rasanya.

Aku rasa ini first time kot Hairi menyanyi di khalayak ramai.

Aku pun tak pasti. Suara Hairi juga mantap.

Salina, walau malu-malu memiliki suara emas bak bapanya - Abang Hasni.


No comments:

Post a Comment