15 Jun 2019 - Bila masuk minggu kedua bulan Syawal, kami dah mula slow down sikit pasal dah mula masuk pejabat kerana bekerja. Jadi kena tunggu hujung-hujung minggu baru ada kesempatan untuk berjalan dan melawat saudara-mara serta teman-teman sambil beraya. Salah satu weekend tu kami telah berkunjung ke rumah pakcik kami di USJ - Pakcik Rizal. Ibu tak dapat ikut. Masa tu mungkin Ibu kurang sihat atau penat. Jadi kami pergilah bersama adikku dan anak saudaraku, Yana.
|
Isteri dan adikku sedang mendapatkan makanan. |
|
Wanie juga kini berada di meja makan. |
|
Sekarang di ruang tamu pula. |
|
Bercerita panjang dengan Pakcik Rizal. |
|
Sambil makan biskut raya di ruang tamu. |
|
Mendengar cerita Pakcik Rizal. |
|
Semua kuih-muih ini mempunyai rasa yang enak. |
|
Kena cuba satu per satu. |
|
Lepas tu minum air. |
|
Banyak betul Sabriena makan kuih raya. |
|
Kalau boleh, satu balang nak dihabiskannya. |
|
Sabriena buat-buat terkejut bila ditegur. |
Masa tu tak ada orang lain yang datang beraya di situ rasanya. Jadi kami dapat bersembang dengan Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan dengan lebih lama dan fokus lagi. Kami makan kuih muih dulu. Lepas tu baru makan ketupat daun palas serta serunding daging. Lepas itu disudahi dengan kuih-muih sekali lagi sebelum dibilas pula dengan air sejuk atau panas. Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan memang suka bertanya khabar, terutama tentang Ibu yang sedang duduk di rumah. Juga tentang perkembangan anak-anak, dari segi pelajaran dan status diri. Dan kami pun berceritalah satu per satu. Untuk makluman semua, Pakcik Rizal ialah adik bongsu kepada ibu kami. dan merupakan seorang yang sangat peramah dan lemah lembut. Makcik Noorizan pun begitu juga.
Sebelum beredar, kami sempat bergambar di halaman hadapan rumah Pakcik Rizal yang sangat cantik. Taman rumah ini memang terbela rapi dan sangat fotogenik. Kalau tak bergambar rasa macam tak lengkap kunjungan kami ini. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan sekeluarga. Semoga pada suatu hari yang aman, yang bebas dari wabak covid-19, kita akan bersua dan bersembang panjang lagi.
|
Makcik Noorizan juga duduk bersembang dengan kami. |
|
Mendengar cerita Pakcik Rizal lagi. |
|
Sambil makan kuih dan minum air teh-o. |
|
"Jemputlah rasa semua kuih ni", kata Makcik Noorizan. |
|
Pakcik Rizal memerhatikan saja kami makan kuih sebegitu banyak. |
|
Bergambar di taman yang cantik. |
|
Tukar design beberapa kali, tetapi tetap cantik. |
|
Pokok bunganya semua menjadi. |
|
Yana pegang pipi Sabriena yang tembam. |
|
Bergambar solo pula. |
|
Sekarang group photo dengan host pula. |
|
Satu pose free style sebelum beredar. |
No comments:
Post a Comment