m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, May 23, 2020

Lagu raya 2020: Tibanya Syawal

Assalamualaikum muslimin dan muslimat semua. Syawal 2020 telah menjelma. Tahun 2020 ini kita tak dapat beraya seperti biasa. Ada normal baru dalam sambutan kali ini. Ada SOP tertentu yang perlu kita patuhi. Ini semua angkara wabak covid-19 yang sedang melanda negara. Malah melanda dunia sebenarnya. Virus Corona sedang berkeliaran di mana-mana. Zahirnya tak kelihatan. Wujudnya entah di mana? Itu yang menjadikan kita perlu lebih berhati-hati. Tiada rentas negeri. Tiada sentuhan. Jaga jarak selamat. Elakkan budaya kunjung-mengunjung. Setidak-tidaknya untuk tahun ini. Semoga rantaian wabak ini dapat diputuskan secepat mungkin, dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Tiada lagi rasa takut. Boleh bergerak bebas dan masih berasa selamat.

Kali ini aku nak belanja kalian lagu-lagu raya. Pada tahun lepas, kami cuma dapat merakamkan dua buah lagu raya baru sahaja. Tetapi aku tak sempat nak upload untuk pendengaran semua. Tahun ini Amier telah awal-awal lagi menghasilkan sebuah lagu raya baru. Rentak dan naluri orang muda. Dengarkanlah lagu ini:





Tajuk lagu: TIBANYA SYAWAL
Komposer: Amier
Lirik: Amier
Penyanyi: Amier feat Syahmie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Amier

TIBANYA SYAWAL

Korus:
Tibanya syawal kita raikan
Selamat hari raya diucapkan
Hari indah bergaya menawan
Nikmati juadah yang disediakan

Sungguh meriah oh bahagia
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Tidak lupa insan yang tiada
Bersama kita di hari raya

Rap:
Kumohon sepuluh jariku ini
Kepada semua sahabat dan kaum famili
Di kalangan adik-beradik serta yang berbudi baik
Tak kira siapa pun, semuanya fantastik

Tiada yang tertinggal di hati yang tersayang
Atuk nenek ibu bapa kakak adik abang
Kubertanya pada tauke yang membakar lemang
Jawabnya ini semua cukup untuk semua orang

Dari hati luahkan gembira untuk semua
Dari sini berjuang untuk ahli keluarga
Dari nada yang dendam jadikan ia reda
Jangan sangka air tenang itu tiada buaya

Fakta atau auta ku peduli apa
Ku hanya mahu sebutkan ayat yang bermakna
Satu ucapan dilafazkan di hari raya
Minal aidin wal faizin untuk semua

Korus:
Tibanya syawal kita raikan
Selamat hari raya diucapkan
Hari indah bergaya menawan
Nikmati juadah yang disediakan

Sungguh meriah oh bahagia
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Tidak lupa insan yang tiada
Bersama kita di hari raya

Rap:
Walau kau jauh di mata tapi dekat di hati
Mengenangkan nostalgia dan juga memori
Betapa banyaknya saat manis ini
Buang keruh ambil jernih nanti bina lagi

Beratus pohon kutebang dan menahan
Beribu ampun kumohon pada Tuhan
Dengar saja orang tua juga teladan
Supaya hariku dan kau lebih berpanjangan

Serba indah, indah yang tak ternilai harga
Sambut tetamu di rumah dari hujung sana
Mengenang jasa yang telah bertarung nyawa
Demi kemakmuran dan kesejahteraan kita

Berserah pada Yang Esa tawakal dan usaha
Semoga lanjutkan umur dan ampunkan dosa
Di mana sahaja kita berada
Marilah sambut aidilfitri dengan gembira, oh.....

Korus:
Tibanya syawal kita raikan
Selamat hari raya diucapkan
Hari indah bergaya menawan
Nikmati juadah yang disediakan

Sungguh meriah oh bahagia
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Tidak lupa insan yang tiada
Bersama kita di hari raya
Bersama kita di hari raya



No comments:

Post a Comment