Bahagian 28
Semua ahli keluarga telah pun bangun untuk menikmati
sarapan nasi lemak panas. Nasi lemak menggunakan beras panjang yang hebat. Bukan beras kereta mati. Bukan beras motorsikal mati. Malah bukan juga beras van mati. Tetapi kami menggunakan beras bas mati (a.k.a. basmathi). Sambal tumis ikan bilis pula menggunakan ikan bilis mat saleh. Iaitu ikan bilis mata biru. Cilinya pula diimport dari negara Amerika Selatan - negara Chile. Dan timunnya pula dipetik segar dari ladang jiran sebelah rumah, dengan rasa yang sangat rangup dan crunchy bila digigit, walaupun dengan menggunakan gigi palsu. Inilah resipi nasi lemak panas yang telah menambat hati kami semua. Keenakan yang sangat luar biasa hebatnya.
|
Faridz, Azi dan Suraya hendak bersarapan. |
|
Nasi lemak panas menjadi idaman se-Malaya. |
|
Bersarapan bawah pondok wakaf pun boleh juga. |
|
Asyraf datang lambat sedikit. Nasib baik nasi lemak panas masih banyak lagi. |
|
Tak sabar-sabar nak makan. |
|
Tak tau nak pilih lauk apa. Ada sambal sotong, paru, ayam, daging, ketam, lobster, tapak sulaiman dan obor-obor. |
|
Syairah tunjuk ke arah masakan ikan paus biru masak sambal merah. |
|
Anak-anak yang dah selesai makan duduk berehat di wakaf. |
|
Amier melayan anak saudaranya. |
|
Qalif memperlihatkan bakat melukisnya kepada Thaqif. |
|
Karaktor kartun popular. |
|
Kak Ita bersama Allahyarham Kak Long. |
|
Makanan yang lebih akan dibungkus dan dibahagi-bahagikan. |
|
Amier main gitar macam Man Kidal Lefthanded. |
|
Azi menghiburkan peminat-peminat ciliknya. |
|
Hafez menanti giliran untuk menyanyi. |
Setelah makan, kami kembali duduk bersantai. Layan menyanyi karaoke lagi. Lagu yang hit pada ketika itu ialah lagu "Di tepi pantai yang indah....." nyanyian A. Ramlie. Juga lagu "Cinta Pantai Merdeka" nyanyian Jinbara. Bagi yang tak menyanyi, boleh duduk-duduk saja sambil mendengar nyanyian penyanyi-penyanyi profesional yang lunak merdu. Atau boleh juga mendengar deru angin laut menampar pelepah kelapa. Dush dush dush bunyinya. Namun adalah lebih menyeronokkan bila ahli keluarga dapat berborak santai sesama sendiri sementara menanti waktu pulang pada waktu tengah hari nanti. Sambil-sambil itu boleh juga mengemas dan membersihkan laman agar kelihatan lebih berseri dan menarik bagi menyambut kehadiran tetamu lain yang ingin berkunjung ke situ.
Bersambung...
|
Kamelia nak makan apa tu? |
|
Layan telefon dulu. |
|
Peace yall. |
|
Berehat sebelum berangkat pulang. |
|
Qalif bersama tiga orang pakciknya. |
|
Pakcik Amier yang paling besar sekali. |
|
Sedapnya lollipop ini. |
|
Sabriena dengan belon kuning. |
|
Buat funny face dekat belon. |
|
Membelek telefon sambil makan lollipop. |
|
Tapaw makanan yang lebih untuk semua. |
|
Main game dalam handphone. |
No comments:
Post a Comment