Bahagian 1
5 Jun 2019 - Para pembaca sekelian, aku memohon kalian menghadiahkan bacaan doa dan Al-Fatihah kepada arwah muslimin dan muslimat yang masih hidup dan juga yang telah kembali ke rahmatullah, khususnya buat roh kekanda-kekanda kami yang gambar mereka ada di sini - Allahyarhamah Kak Long, Allahyarham Abang Ngah, dan Allahyarham Abang Leman. Mendoakan agar roh-roh mereka ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh, para syuhada dan muttaqin. Al-Fatihah.
Pada waktu petang kami beraya di rumah Auntie Salbiah dan
Abang Sani. Pada sebelah malam kami bergerak ke rumah Allahyarhamah Kak Long di Kepong untuk berkumpul adik-beradik dan anak-anak saudara. Memang begitulah amalan kami pada tiap-tiap tahun apabila Syawal meljelma.
|
Keluarga Abang Hasni bergambar bersama Abang Zai. |
|
Bersama seorang anak angkat dari Yaman. |
|
Manja betul anak angkat ni. |
|
Keluarga Allahyarham Abang Ngah bergambar bersama Allahyarham Kak Long dan Abang Zai. |
|
Berbaju sedondon warna biru muda. |
|
Keluarga Abang Karim bersama Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai. |
|
Busana warna maroon memang matching dengan backdrop warna merah. |
|
Semua menampilkan wajah yang ceria. |
|
Satu lagi posing sebelum bertukar group lain pula untuk bergambar. |
|
Ini group adik-beradik isteriku. Yang tak ada dalam gambar ialah Kak Uda dan Kak Ogie. |
|
Masih lagi bergambar adik beradik. |
|
Bertuahnya aku kerana menjadi cameraman yang merakamkan detik yang indah ini. |
|
Kali ni bergambar beramai-ramai pula. |
|
Tahun 2020 ni dah tak boleh nak berkumpul ramai-ramai macam ni. |
|
SOP kata tak lebih 20 orang dan perlu jarakkan diri masing-masing. |
|
Meriahnya suasana. |
|
Seronoknya terasa. |
|
Dan gambar aku juga ada terselit dalam kelompok ini. Memang best. |
|
Tahun-tahun yang mendatang, suasana sudah tak akan sama macam yang ini. |
|
Kalau cukup korum, lagi sesak ruang tamu ini. |
Masa kami sampai rumah Allahyarham Kak Long, adik-beradik yang lain telah pun sampai lebih awal. Malah ada yang dah nak berangkat pulang. Maka acara pertama yang kami buat pada ketika itu ialah bergambar beramai-ramai sebelum ada yang pulang. Dengan backdrop warna merah di ruang tamu, memang cantiklah gambar keluarga bila diambil secara berkumpulan. Itu pun ramai yang tak masuk dalam gambar. Tapi setakat yang ada ni pun dah menjadikan ruang ramu sesak dengan kemeriahan
|
Giliran keluarga aku pula bergambar dengan Allhyarhamah Kak Long dan Abang Zai. |
|
Ini keluarga Allahyarham Abang Leman bersama tuan rumah. |
|
Dah semakin besar keluarga ini dengan kehadiran tiga orang cucu. |
|
Ini keluarga Kak Piah. |
|
Kak Piah, Allahyarhamah Kak Long, Abang Zai dan Faiisal. |
|
Ini pula keluarga Kak Timah. |
|
Seronok bergambar dengan kekanda-kekanda yang sentiasa menerima dengan tangan terbuka. |
|
Segak sungguh nampaknya anak bujang Kak Timah tu. |
|
Ini keluarga Allahyarham Abang Khalid. Hidayat tak dapat join pada malam ini. |
|
Siti dan Taufiq bergambar dengan Allahyarhamah Mak Long dan Pak Long. |
Setelah bergambar, barulah kami ke meja hidang untuk makan makanan yang dimasak sendiri oleh keluarga Allahyarhamah Kak Long, serta makanan yang dibawa oleh sanak-saudara yang bertamu di situ. Meja makan tu penuh dengan makanan. Seperti tak akan luak. Kami pun makanlah. Sedikit demi sedikit. Perut masih kenyang lagi sebab masa kat rumah Abang Sani tadi pun banyak jugak kami makan. Lepas makan duduk lepak-lepaklah sambil menonton televisyen dan berbual adik-beradik, ipar dan biras. Dan aku pula melayan kameraku.
Bersambung...
|
Yusuf di pangkuan mamanya. |
|
Sabriena sedang asyik bermain telefon. |
|
Seorang cucu sandara bersama nenda-nendanya. |
|
Layan makan kudapan dulu. |
|
Ardy bersama anak bujang dan anak daranya. Fateh macam dah mengantuk. |
|
Ok. Fateh dan tak mengantuk lagi. |
|
Mukamil mencapai sesuatu dari beg yang dipegang ayah. |
|
Shairah melayan puteri-puteri kesayangan. |
|
Yusuf buat apa tu? |
|
Yusuf tengok Atuk Su, ya? |
No comments:
Post a Comment