m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 8, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Pengumuman keputusan pertandingan

Bahagian 25

Selesai sudah acara sambutan hari jadi yang sangat ringkas tetapi sangat meriah. Dua biji kek telah pun dipotong halus dan diagih-agihkan kepada seluruh warga Jeram yang turut meraikan majlis sambutan hari jadi bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Januari dan Februari. Kini saat yang dinanti-nantikan oleh semua pun tiba. Pengumuman keputusan pertandingan karaoke bakal dibuat. (Tapi kalian dah tahu siapa yang menang kan? Pasal aku dah bagi tahu pada episod yang lalu, kan? Buat-buat tak tau dululah ya?)

Abang Zainuri diberi penghormatan untuk membuat pengumuman ini. Semua peserta dan penonton berdebar-debar menanti Abang Zai untuk membuka mulut dan membaca keputusan yang tertulis pada sehelai kertas A4 di tangan beliau. Peluh kami mencucur deras. Basah kuyup wajah dan pakaian kami kerana keringat yang tak henti-henti mengalir dari tubuh. Di suatu sudut ruang, drum roll berbunyi. Semakin lama semakin kuat. Abang Zai pun membaca apa yang tertulis di muka kertas. Jantung kami berdegup kencang. Dub dab dub dab dub dab... Dubdabdubdapdubdap... Semakin lama semakin laju. Dan Abang Zai pun bersuara...

"Bagi pemilik kenderaan jenis Ferrari warna merah, dengan nombor plet BMW 0001, sila alihkan kenderaan anda yang diparkir di tengah-tengah Jalan Kapar. Kenderaan anda telah mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk di kedua-dua arah bertentangan, dari Meru, Kelang sampailah ke Sabak Bernam." Aduh! Kereta siapalah pulak tu? Setahu aku kelurga kami tak memiliki kereta seumpama itu. Okay-lah, kita sambung balik pengumuman siapa yang menang. Dan seperti yang kalian telah maklum, Hafez telah menjuarai pertandingan karaoke pada malam itu. Tahniah Hafez!

Abang Zai membelek-belek kertas untuk mengumumkan pemenang pertandingan karaoke 2019.

"Dan pemenangnya ialah......"

"Saudara Hafez Muhaimi Wahab dari Wangsamaju! Tahniah!!!"
Hadiah berupa jongkong emas lima kilo diberikan kepada sang juara.

"Saya sangat terharu dengan kemenangan ini, kerana telah saya nantikan sekian lama".

Hadiah khas juri diberikan oleh tuan tanah.

Allahyarham Abang Ngah turut menerima hadiah.

Begitu juga dengan Kak Uda.

Serta Allahyarham Abang Leman.

Syafiyah mewakili keluarga Kak Timah.

Abangn Karim dah stand-by nak tidur nampak gayanya.

Hadiah suami kepada isteri.

Aku pun dapat hadiah jongkong emas juga. Tapi cuma tiga kilo setengah saja.

Aniza menerima hadiah dari Mak Nyahnya.

Begitu juga dengan Zila.

Dan Faridz.

Serta Huda dan Qalif.

Juga Hairi.

Serta Elin.

Dan Syafiq.

Serta Asyraf juga.

Dan tak ketinggalan, teman kami Ienah.

Malam ini sebenarnya ialah malam penutup acara Hari Keluarga 2019. Memang ratusan hadiah akan diagih-agihkan kepada seluruh ahli keluarga tanpa meninggalkan walau seorang pun dengan tangan kosong. Mula-mula hadiah diberikan kepada para pemenang pertandingan karaoke, pertandingan memancing, sukaneka, pertandingan memanah, masukkan bola dalam keranjang, sepak bola ke gol kecil, boling buah kelapa, indoor game kanak-kanak dan lain-lain acara yang dipertandingkan pada waktu siang dan malam. Selepas itu hadiah-hadiah lain pula diagih-agihkan.

Bersambung...


Allahyarhamah Kak Long menyampaikan hadiah pilihan penonton di rumah kepada Syafiq.

Hadiah misteri dalam kotak yang misteri juga.

Ienah mendapat hadiah jongkong perak dan jongkong timah dalam kotak makanan.

Mencabut nombor bertuah.

Abang Karim pula mendapat hadiah jongkong boksit dalam hamper.

Boksit yang datang dari Pahang.

Zila pun dapat hadiah jongkong juga. Tapi yang ini jongkong air batu dalam kotak.

Giliran Zila mencabut nombor bertuah.

Kak Uda mendapat gula-gula bersaiz gergasi. Jaga kencing manis, ya?

Kak Uda memilih nombor bertuah.

Kak Timah dengan hadiah jongkong tembaga dalam beg.

Jongkong ini seberat 10 kilogram.

Menyampaikan hadiah kepada Kak Enon - 15 kilo bijih besi mentah.
Kak Uda sekali lagi mendapat hadiah makanan. Happy-nya...

Faridz pula mendapat hadiah bijih uranium. Boleh buat bom nuklear lepas ni.

Huda dengan hadiah misteri. Sampai sekarang kotak itu belum dibuka, dan hadiah tetap kekal menjadi satu misteri.

Huda memilih nombor dalam balang.

Allahyarham Abang Leman mendapat hadiah sejenis makanan.

Dan nombor bertuah terus dicabut lagi.



No comments:

Post a Comment