m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 14, 2020

1 Syawal 2019: Bergambar beramai-ramai

Bahagian 8 (Akhir)

Sesi bermaafan satu sama satu sudah pun selesai dengan jayanya. Kini masa yang ditunggu-tunggu pun tiba - bergambar beramai-ramai satu famili. Biasanya gambar inilah yang akan di-post dalam Facebook atau Instagram atau dalam Whatsapp. Nak memperkenalkan kepada kawan-kawan dan teman-teman dalam dunia maya ahli keluarga masing-masing. Cuma pada perayaan tahun ini, anak sulung kami, Syahmie masih belajar kat Mesir. Maka tak dapatlah dia beraya dengan kami. Syahmie beraya di Mesir ajelah, walaupun perayaan kat sana tidak meriah. Tidak seperti di Malaysia.


Inilah keluarga kami yang ada di pagi raya pada tahun 2019.

Sabriena macam mengantuk aje.

Muqaddinmah kepada free style.

Free style part 1.

Free style part 2.

Free style final chapter.

Susun formasi baru.

Masih menyusun.

Ini keluarga kami tanpa Syahmie yang masih belajar di Mesir.

Bertanjak di pagi raya.

Tanjak ni kami beli dari Salman Al Farisi.

Dah beli kenalah pakai.

Tiga beradik. Abang Syahmie tak dapat join pada tahun ni.
Panglima Amier duduk di tengah-tengah.


Banyaknya duit raya Sabriena.

Dua orang anak saudara kami - Farid dan Yana.

Dua orang cucu sulung.

Yana buat isyarat peace yang juga bermaksud dua beradik.

Oleh kerana Syahmie tak ada bersama dengan kami pada raya tahun ini, kami bawalah gambar Syahmie bersama dalam sesi fotografi. Jadilah. Sesi bergambar secara berkumpulan ini pun makan masa juga. Pasal ada macam-macam kombinasi yang kami aturkan. Boleh pilih kombinasi yang mana satu hendak di-upload dalam media sosial. 

Akhir kata, selamat menyambut hari raya yang meriah untuk tahun lepas. Sebab pada tahun ini, 2020, sambutan hari rayanya sudah berubah  normal. Ada SOP baru yang perlu dipatuhi kerana nak mengekang wabak Covid-19 dari menular ke segenap nagara. Tahun ni kita beraya ala kadar sahajalah, ya?

T A M A T


Sepupu-sepupu berkumpul Wanie pegang gambar Syahmie.

Ibuku cuma ada enam orang cucu sahaja.

Sepupu-sepupu masih bergabung.

Tunjuk gambar Syahmie.

Bersama isteri tersayang.

Macam pengantin.

Dua orang laksamana dari dua generasi berbeza.

Model tua. Hehehe...

Tiga posing berbeza.

Aksi Amier di kegelapan Syawal.

Yana juga ada posing dalam gelap.




No comments:

Post a Comment