m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 29, 2020

19 Syawal 2019: Beraya di rumah Kak Uda

23 Jun 2019 - Pada tahu lalu, tahun 2019, kami pergi beraya sangat bersemangat. Ke rumah saudara-mara di sana-sini. Ke rumah kawan-kawan lagi. Pergi rumah terbuka di sana dan di sini. Rumah tertutup pun kami pergi juga, kat sana dan kat sini. Tak cukup dengan itu, kat ofis pun ada buat makan-makan jugak sikit-sikit. Tapi itu cerita tahun dulu. Tahun ni muram sikitlah. Semua orang takut nak keluar rumah. Virus corona sedang bersembunyi entah di mana. Menanti mangsa yang silap langkah. Oleh kerana tahun ini kami tak berjalan sangat, maka aku keluarkanlah cerita-cerita beraya pada tahun lalu. Bagi feel raya tu meresap ke segenap lubuk hati para pembaca sekelian.

Pada Syawal hari yang ke-19 tahun lalu, salah satu teman akrab kami telah datang ke rumah - Ienah dan suaminya Mohamad serta anaknya Ain. Bila hari semakin menghala ke petang, kami semua pergi beraya ke rumah Kak Uda pula. Kak Uda ada buat open house pada hari tu. Jadi kami pun pergilah ke sana memenuhi jemputan beraya sebelum menghantar Amier pulang ke asrama di Kajang. 

Mohamad sedang bermain dengan salah seekor anak kucing belaan kami.

Nama anak kucing ni sama ada Sate ataupun Sushi Wushi. Muka diorang lebih kurang sama.

Giliran Ain pula bermain dengan anak kucing.

Dah pun sampai di rumah Kak Uda.

Ienah dan keluarga ikut sama ke rumah Kak Uda.

Sabriena macam dah kenyang sebelum makan.

Mungkin kat rumah Sabriena dah makan banyak kot?

Amier dah bersiap-siap dengan pakaian asrama.

Ienah dan Ain di meja makan.

Wanie melayan dessert.

Abang Anjang tak pernah menolak jika dijemput untuk hadir.

Abang Anjang duduk lama sikit di sini untuk bersembang dengan saudara-mara.

Abang Anjang datang berdua dengan Kak Leha.

Kak Uda dan Abang Zahid buka khemah di luar rumah. Ramai juga tetamu yang datang. Ada di kalangan saudara-mara. Dan ramai juga di kalangan kawan-kawan. Kami terus cari tempat kosong dan duduk di situ. bergilir-gilirlah kami mengambil makanan dan minuman. Menu dia memang banyak, sampai aku pun dah lupa secara khusus apa yang aku makan pada petang itu. Dah hampir terbarai jugaklah perut aku menelan segala macam makanan yang terhidang. Kalau tak makan rasa rugi pulak, walaupun sebenarnya perut dah bagi isyarat untuk berhenti makan kerana dah tersangat kenyang.

Kami rasa kami di sana pun tak berapa lama sebab lepas tu kami perlu bergegas ke Kajang untuk menghantar Amier pulang ke asrama sekolah. Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan saudara-mara dan tetamu yang hadir, kami pun bergerak pergilah dari situ. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat Abang Zahid dan Kak Uda sekeluarga. Ada kesempatan yang sesuai, kita berkumpul lagi beramai-ramai seperti ini.

Abang Zahid dan Abang Anjang.

Cikgu Teoh pun ada datang. 

Cikgu Teoh ni adalah jiran Kak Uda yang kebetulan mengajar anak-anak kami di sekolah rendah.

Syauqi mendapatkan segelas air anggur dari Perancis.

Abby Solehin turun dari Pahang untuk membantu Abah dan Mama di Ampang.

Syauqi bersama Kak Uda.

Wawan bersama salah seorang heronya.

Zila dan Ardy baru nak makan.

Terpaksa pause sekejap untuk bergambar.

Menjawab telefon seketika.

Ini aku - penulis blog ini (in case ada yang tak tahu. Hehehe...).

Aku bersama Wanie.

Isteriku bersama Ienah.

Satu lagi gambar  sebelum  beredar menghala ke Kajang.



No comments:

Post a Comment