Kisah semalam, majlis penutup dan penyampaian hadiah telah berlangsung dengan sempurna. Masing-masing membawa pulang bersama mereka hadiah dalam kuantiti yang banyak. Yang tua dan muda, yang dewasa dan kanak-kanak, semua tidak dilupakan. Ada saja imbuhan buat mereka semua. Malam semalam semua tidur nyenyak, Mimpi pun yang indah-indah belaka. Balik ke Kuala Lumpur nanti, kereta sarat dengan hadiah yang macam-macam.
Pagi keesokan harinya kami bangun dengan badan masih berasa sengal-sengal. Acara semalam sangat padat. Tak ada ruang untuk berehat. Tapi semua seronok. Bangun pagi terhidu bau enak dari dapur. Bau sambal tumis yang semerbak. Dan bau nasi lemak yang menggugah lena kami. Tak sabar-sabar rasanya nak bersarapan pagi.
Syauqi makan nasi lemak dengan penuh berselera. |
Abang Karim pagi-pagi lagi dah membuat senaman suara. |
Lagi tradisional Melayu menjadi pilihan. |
Nana berasa terganggu. Tajam renungannya. Paparazzi pun takut. |
Melayan Falique makan nasi lemak. |
Adegan yang biasa kita lihat - Kak Uda tengah makan. |
Tak fokus pada benda lain - hanya pada nasi lemak panas. |
Wawan dan Syafiq nak memulakan hari dengan santapan ala kampung. |
Sambal dan bilis biar lebih. |
Sabar menanti giliran walau perut tengah lapar. |
Giliran Abang Zahid mendapatkan makanan. Semalam terlantar di katil kerana berasa kurang sihat. |
Pagi ini nak makan sampai puas. |
Nana tambah lagi nampak gayanya. Maknanya nasi lemak ini memang betul-betul kawww! |
Sebelum pulang, anak-anak sempat berbuai di hammock. Tak puas rasanya berdodoi di tepi pantai. Sekejap lagi nak balik dah. Buailah dulu puas-puas. Yang belum sarapan, pergi bersarapan dulu. Lepas itu boleh buat apa saja yang dirasakan perlu dibuat. Nak sambung menyanyi pun boleh. Tak siapa menghalang. Tuan tanah, Abang Hasni bagi can kat semua orang. Ruang istirahat ini biar terasa cerianya. Nanti kalau semua dah balik, ia akan kembali sepi. Berhibur dululah semua.
Sabriena bergayut di hammock. |
Seronok nampaknya dia. |
Tapi masih tak jumpa posisi yang paling best. |
Pusing terlingkup balik. |
Amier dan gengnya - Adam dan Thaqif. |
Main game macam selalu. |
Semua hammock full house. |
Hani pun berehat di hammock juga. |
Oh! Ada satu hammock kosong di bawah. |
Wanie berehat di wakaf dengan Thaqif. |
Sabriena bermain di pokok pula. |
Main cak-cak katanya. |
Kamelia juga selesa berehat di hammock. |
Boleh mintak abah pasang macam ni satu kat rumah nanti. |
Abang Zai dan Allahyarhamah Kak Long bersarapan bersama-sama. |
Zila pun join in. |
Memuakan cedokan nasi lemak yang pertama. |
No comments:
Post a Comment