Pagi tadi aku ada meeting yang panasssss... Meeting tu terlalu panas, sampaikan tengah hari pun tak terasa panas, walaupun matahari memuncak kat atas kepala. Lepas meeting tu banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Apakah langkah selanjutnya selepas ni? Keputusan perlu dibuat segera. Sesuatu perlu diputuskan. Ya, kalimah keramatnya adalah putus! Apakah ke-PUTUS-an seterusnya.
Bila fikir-fikir pasal putus memutus ni, aku teringat pulak pasal satu kisah lama yang jugak bersangkutan dengan perkara putus. Tapi ia bukanlah putus sebarang putus. Ia adalah putus tali reket badminton aku. Aku pun tak berapa ingat. Entah minggu ke berapa yang kami main badminton beramai-ramai. Mula-mula tali reket pertamaku putus di tangan Faiisal. Mungkin masa tu Faiisal tengah membuat smash yang paling kencang di dunia. Dan lantas, tali reket yang berketegangan 90 paun tu tak mampu menampung kilasan bak halilintar. Lalu meletus dan putus.
Minggu yang berikutnya, tatkala aku pulak tengah membuat smash yang paling padu dalam alaf ini, tali reket yang kugunakan pulak yang putus. Tussss!!! Walaupun aku menggunakan tali nylon pancing ikan berkekuatan 200 paun, tetapi masih gagal menahan tension dari smash yang maha kencang tadi. Kini telah dua reket ku yang tak bertali. Cuma ada satu aje reket yang tinggal untuk digunakan. Memanglah aku ada reket-reket lama yang masih boleh digunakan. Tapi dua daripadanya dah bengkok frame-nya.
Tapi itu dulu. Kini kesemua reketku telah kupasang tali baru. Dan kali ini, untuk memastikan tali reket tak akan putus lagi, aku gunakan pulak tali kapal yang berdiameter sebesar batang kelapa!
Abby dan Faiisal - menyinsing lengan bergandingan bersama. Syafiq dan Abang Zahid sekadar memendam rasa. |
Gandingan bak Razif dan Jelani. Inilah dia adik beradik Hidayat dan Taufik. |
Amin - tak pernah jemu terus-terusan mengaminkan doa. |
Kois dan Faridz menyusun strategi bagi menumpaskan pasangan Korea Selatan yang semakin memuncak kehebatannya. |
No comments:
Post a Comment