Sejak raya, aku memang dah start main tenis minggu-minggu. Pada peringkat awal, memang agak susah jugak nak mengumpulkan players. Tapi syukur, sekarang setiap minggu dah ada konsisten players yang datang. Antaranya ialah Foong, Abang Aziz dan Abang Haris. Pada salah satu minggu tu, anak buahku Syafiq turun ke gelanggang. First time Syafiq turun ke court dengan aku. Setelah aku habis bermain dengan kengkawanku yang lain, aku ajak Syafiq masuk gelanggang. Masa stroke, nampak gayanya Syafiq boleh main. Dia pun memang dah biasa main dengan kawan-kawannya masa kat universiti dulu. Jadi, pergerakan Syafiq taklah kekok macam anak-anak buahku yang lain, yang baru nak berkenalan dengan sukan tenis ni.
Bila dah warm-up, kami pun mainlah. Memang Syafiq boleh main. Footwork-nya baik. Racquet swing dia pun okay. Cuma mungkin Syafiq ada sedikit masalah untuk buat servis dan membuat pukulan backhand. Tapi itu masalah kecil. Dengan sedikit latihan dan tunjuk ajar, Syafiq mesti akan jadi hebat. Okay, Syafiq. Bila lagi nak join Pak Usu?
Syafiq - sesudah habis main. |
Bergambar dengan Syafiq sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment