Beberapa minggu yang lepas, atau mungkin sebulan lepas (aku pun tak ingat), abang ipar aku, Abang Leman kata, syarikat milik M.Nasir nak buat satu produksi cerita kanak-kanak untuk RTM. Nama rancangan tu ialah Lagu Tiga Kupang. Bukannya Lagu Tiga Kepah. Bukan jugak Lagu Tiga Kerang.
Maka dicadangkanlah rancangan tu buat shooting kat lokasi tadika milik kakak ipar aku, Kidz Cabin kat Ukay Heights. Laman tadika tu luas, dan tak sibuk. Memang sangat sesuai benarlah untuk buat penggambaran kat situ. Setelah Abang Leman menyiapkan segala props dan backdrop untuk shooting, kami pun datanglah singgah kat Kidz Cabin nak tengok suasana penggambaran, sebelum actual shooting berlangsung. Design props Abang Leman memang sangat cantik. Oh! Sebelum aku terlupa, kakak iparku, Kak Timah telah cuba mengenengahkan Amier dalam rancangan terbitan M.Nasir ni. So, kami pun suruhlah Amier buat rehearsal kat set. Memang nampak gayanya Amier macam tak berapa cooperative dan malu-malu. Amier punya time untuk shooting mungkin esok hari atau lusa. Aku sebenarnya tak berapa runsing sangat. Nanti pandai-pandailah Amier buat apa-apa yang patut depan kamera. Kalau tak menjadi, makna katanya taklah dia masuk tv. Tu aje, bagi aku.
Amier sedang mula melukis. |
Pada hari shooting, aku tak dapat hadir pasal kesibukan kerja. Tapi wife aku dapat meluangkan sedikit masa untuk ada kat set penggambaran. Ramai anak-anak dari tadika lain seperti Tadika Kemas, Kidz Cabin, dan lain-lain sekolah buat persembahan yang pelbagai. Bila time giliran Amier, pengarah pun memberikan arahan tertentu kepada Amier. Amier sepatutnya melukis gambar haiwan dan dinosaur dan bercerita mengenainya. Isteriku, serta makcik-makcik Amier turut membantu memberikan arahan dan tunjuk ajar kepada Amier. Dan kesudahannya, penggambaran tu ialah suatu kejayaan. Kami, malah seluruh krew sangat menyukainya. Nanti lepas review dan edit, mungkin akan jadi lebih menarik kot. Rancangannya dijangka akan disiarkan pada masa cuti sekolah bulan Disember nanti. Tak sabar rasanya aku nak nengok. Tapi time tu kami tengah kerjalah pulak. Tapi aku memang nak sangat tengok hasilnya. Ingat! Bulan Disember. Waktu petang!
Amier sedang berlatih menceritakan lukisannya. |
Isteriku memastikan Amier tahu apa yang perlu dilakukan nanti esok, sewaktu penggambaran. |
No comments:
Post a Comment