Pada Hari Raya Haji baru lalu, setelah solat Jumaat dan berkunjung ke rumah seorang teman di Cheras, kami semua berkumpul di rumah Kak Long di Kepong. Masa kami sampai, kaum keluarga dah agak ramai memenuhi rumah. Sedang aku duduk melepak di ruang makan, tiba-tiba datang sekumpulan imam muda dari Al-Azhar Mesir bertandang ke rumah Kak Long. Mereka datang untuk memberikan tazkirah serta mendendangkan nasyid lagu-lagu keagamaan. Kemudian ada pulak sessi latihan akad nikah bagi calon-calon yang bakal menjejak pelamin pada tahun hadapan. Rumah Kak Long jadi bersinar-sinar dengan nur keimanan ketika kehadiran mereka.
|
Imam-imam muda kelulusan Al-Azhar, Mesir - Sheikh Faisal Al-Yamani, Sheikh Taufiq At-Tabroni, Sheikh Faridzun Al-Zainuri, dan Sheikh Asyraf Al-Fansuri. |
|
Kini dipersembahkan kumpulan nasyid, Al-Hijrah untuk mendendangkan lagu bertajuk Selamat Berkorban. |
|
Juru andam, Ali sedang membetulkan serban pada kepala juru nikah, Sheikh Al-Faridzun Al-Zainuri. |
|
"Mana pengantinnya?" tanya juru nikah kepada sanak keluarga. |
|
Khutbah nikah dibacakan oleh jurunikah. |
|
Sheikh Asyraf terharu sejurus mendengar khutbah nikah dibacakan. |
Sementara di luar, sekumpulan anak muda yang mempunyai wajah seiras dengan wajah imam-imam muda tadi sedang sibuk membakar barbeque untuk dijamu kepada tetamu yang datang. Antara yang dibakar di atas grille adalah ayam, udang, kentang, sosej dan favourite aku sotong. Penuh tekun anak-anak muda ini membakar. Dan dengan tekun pulak aku menjamah dan memamah makanan yang telah masak dibakar. Banyak sotong yang aku makan. Kerana itulah makanan kegemaranku. Dan sotong-sotong itu jugak gembira bila dimakan oleh aku. Sesudah makan, berbual, menonton tv, bersalaman dengan saudara mara, kami pun mintak diri untuk pulang. Ada satu rumah lagi yang kami kena pergi. Kali ni kat bahagian Keramat pulak.
|
Faiisal, Taufiq dan Akid at work. |
|
Asyraf membetulkan kedudukan kentang supaya masaknya lebih sekata. Taufiq pula menunjukkan rupa ayam yang telah masak. |
|
Waaahhh!!! Enaknya! |
|
Asyraf, pakar masak sotong bakar. |
|
Akid membakar barbeque dengan penuh emosi. |
|
Kois dan Toqif. See, one hand only! |
|
Amin dan Ali turut terlibat membakar makanan sampai rentung. |
|
Faridz meletakkan perisa istimewa ciptaannya sendiri ke atas barbeque tadi. Ika tak tahan dengan bau perisa ciptaan Faridz. |
|
Menggunakan kipas elektrik bagi menggantikan kipas manual. |
|
Faiisal memberi isyarat - makanan akan siap dalam masa dua hari lagi. Lama lagi tu!!! |
No comments:
Post a Comment