Pada suatu Jumaat yang tenang, aku telah ke masjid Subang untuk solat Jumaat. Berduyun-duyun jemaah pergi ke masjid. Tempat letak kereta di perkarangan masjid penuh. Orang ramai mula parking kat tepi jalan raya. Bila tepi jalan raya penuh, mereka parking pulak kat tengah jalan raya. Bila tengah jalan raya pun penuh, mereka terpaksa pulak parking kat lapangan terbang yang ada berdekatan. Lepas tu, dari lapangan terbang, mereka naik flight untuk ke masjid. Apa nak buat, memang kawasan tu jadi terlalu extreme sesaknya pada hari Jumaat.
Aku dengar khatib membaca khutbah dengan penuh khusyuk. Untuk menambahkan khusyuk, mata kupejamkan. Dan berkali-kali kepalaku kuhangguk-hanggukkan tanda setuju dengan apa yang dibacakan khatib. Bila time solat nak mula, muazin melaungkan iqamah. Dan seluruh jemaah berdiri tegak, dan solat dimulakan.
Selesai solat, aku mengitari kawasan masjid. Mataku melirik sana sini untuk mencari tempat makan yang paling ideal. Aku terpandang satu signboard tertulis - "Sup Gadai Nyawa". Macam menarik. Tetapi sangat mengerikan. Dengan memberanikan diri, aku melangkah masuk ke dalam gerai tersebut. Berhati-hati. Sangat berhati-hati. Langkahku sangat slow motion, mengalahkan pengantin berjalan menuju pelamin.
Sesampai dalam gerai, aku order kat budak yang jaga sup. "Dik, sup gadai nyawa satu". Nada percakapanku sangat perlahan. Bagaikan berbisik. Aku masih nervous. Sangat nervous. Budak tadi mencedokkan aku semangkuk sup. Nampak macam sup tulang atau sup daging. Tapi aku tak berani merodok ke dalam sup. Sekadar memerhatikan aje dari jauh. Mula-mula aku nak cari nasi putih untuk dimakan bersamanya. Tapi nasi putih yang dicari tak pulak kelihatan. Aku terpaksa makan sup tanpa nasi. (Rupanya nasi putih memang ada, tapi tersorok entah kat mana, aku pun tak tau).
Di tempat duduk, aku mula menyelak tulang dan daging lembu yang telah disupkan itu. Dan alangkah terkejutnya aku, sampaikan bagai nak pitam. Di balik daging dan tulang lembu tadi, terselit bahan-bahan seperti bom tangan buatan Amerika, sebilah pedang samurai, dawai kawat yang telah dipotong halus, dan yang paling mengejutkan ialah satu missile peluru berpandu buatan Bulgaria yang direkacipta di Russia. Dengan penuh waspada dan tawakkal, aku telan semua bahan-bahan tadi dengan penuh tekad, tapi berhati-hati. Syukur. Semua berjaya kutelan tanpa mendatangkan mudarat kepada kesihatanku. Sempat aku buat check darah selepas makan kat klinik kerajaan berdekatan. Nampak gayanya kesihatanku masih mantop. Syukur sekali lagi. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan semua, kalau nak cuba makan Sup Gadai Nyawa, datanglah kat masjid di Subang. Rasailah kengeriannya!!! Tapi awas! Jangan sampai menggadai nyawa anda!
Ramai jugak orang yang makan kat sini. Semua makan dengan penuh waspada. |
Rupa bentuk sup. Dari luar kelihatan tulang lembu. Tapi di sebaliknya ada..... |
No comments:
Post a Comment