Pada hari raya haji lepas, kami beraya sampai agak lewat malam jugaklah. Dari rumah Kak Long di Kepong, kami terus meluru ke Keramat, ke rumah tauke kambing golek tersedap di dunia. Kami sampai sana pun memang dah lewat. Banyak jugak makanan yang dah habis. Tapi kami tak kisah, pasal kami memang dah sangat kenyang kerana terlalu banyak makan masa kat rumah Kak Long sebelum ni. Tapi nasib kami baik, kambing golek idaman qalbu masih ada tinggal sedikit lagi untuk kami menikmatinya. Aku pun cuma makan kambing dan sedikit kuih. Lepas tu dah tak boleh nak makan apa-apa lagi. Cuma teringin nak minum aje apabila tekak kekeringan. Walaupun ringkas dan cepat lawatan kami ke rumah Puan Fidah dan Encik Arif, tapi kami berpuas hati kerana dapat jugak hadir walaupun last-last minute. Terima kasih kerana telah menjamu kami. Kami pulang ke rumah dengan berasa sangat letih dan penat longlai. Menanti waktu untuk tidur aje...
Bersama Fidah. |
Sedang menjamu mi goreng mamak yang jugak enak. |
Syahmie dah tak boleh bergerak. Terlalu kenyang dan penat. |
Amier tak sabar-sabar nak pulang ke rumah. |
No comments:
Post a Comment