m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 29, 2012

Ambil Syahmie cuti raya haji

Pada hari Rabu lepas, aku cakap dengan boss aku, aku nak balik awal pasal nak ambil Syahmie kat Gemencheh. Boss aku yang tak berapa berkira sangat tu kata, okay. So, aku pun meninggalkan ofis kira-kira hampir jam 5 petang, selepas solat asar, dan pulang ke rumah. Tanpa melengahkan masa, terus aku capai kunci kereta Exora, ajak Amier, dan terus berangkat ke Gemencheh bersama isteriku.

Perjalanan ke Gemencheh agak sesak kat sebelah KL. Masa nak keluar dari KL tu yang payah bebenor. Masa tulah pulak banyak kereta yang menggunakan jalan raya. Apasal diorang tak gunakan jalan air ke, jalan udara ke, padang ke, denai ke? Nak jugak guna jalan raya. Tu yang jadi sesak lagi menyesakkan tu. Kami dapat cecah highway bila hari dah semakin gelap. Bila dah sampai hingway Utara-Selatan, barulah pergerakan kenderaan agak lancar. Kereta masih banyak, tapi pergerakannya licin.

Amier sedang menikmati juadah pesanannya.
Masa kami sampai kat MRSM Gemencheh, memang dah masuk isyak. Dah masuk jam 9 malam lebih. Seluruh MRSM dah gelap. Seluruh warga MRSM dah pulang ke kampung masing-masing. Baik bilik kuliahnya, baik pejabatnya, baik dewannya, baik suraunya, mahu pun asrama, semua gelita. Syahmie terpaksa lepak kat pondok pak guard untuk seketika, pasal pondok pak guard aje yang agak terang. Kesian Syahmie. Mesti dah lama benar dia tunggu kami tiba. Terkontang-konteng dia sorang-sorang kat MRSM tu dalam keadaan yang gelap. Kami tak dapat bertolak awal pasal wife aku ada training. Aku pulak sedang nak prepare presentation drawings untuk esok harinya. Memang kami semua tengah sangat sibuk. Bila kami sampai aje kat sekolah Syahmie, nampak kelegaan terpancar kat wajah Syahmie. Tak tunggu lama, kami terus menghala ke KL untuk pulang.

Menghirup kuah sup yong tau fu yang segar.
Perjalanan dari Gemencheh ke KL sangat lancar. Cuma masa tu aku tengah letih dan agak mengantuk. Kami stop kat salah satu R&R tepi jalan. Solat, dan terus cari makan minum. Terjumpa pulak yong tau fu jenis sup. Wah, aku pun ambil ramuannya untuk dikongsi empat orang. Memang puas makan ramai-ramai macam tu. Kenyang kami kesemuanya.

Sewaktu perjalanan pulang, kami telah dikejutkan dengan dua pancaran lampu putih yang menyilaukan. Kami ingatkan kilat. Tapi tak dengar pulak guruhnya. Sinaran lampu punyalah terang benderang. Masa tu kami kat sekitar kawasan di antara Bangi dan Serdang. Aku terfikir seketika, adakah itu cahaya flash dari kamera polis untuk mengesan pemandu yang bawak kereta laju? Yang hebatnya ialah, flash kamera tu tak pulak berada pada bawah jejambat seperti lokasi yang digemari oleh polis untuk memerangkap mereka yang speeding. Apa-apa pun aku harap, aku tak kena saman. Sebab aku bawak kereta pun bukannya laju sangat, sekadar 388 km/j aje. Aku nengok orang-orang lain lagi laju masa diorang bawak kereta. Ada dekat kira-kira 750 km/j. Bayangkanlah!

Kami sampai rumah agak lewat, dan badan pun dah tak bermaya nak buat apa-apa lain. Sekadar bersedia untuk melelapkan mata untuk tidur. Kami semua memang sangat happy bila nengok Syahmie ceria pulang bercuti selama tiga hari. Besok siangnya, anak-anak semua cuti. Aku dan wife aje yang kena datang ofis nak menghabiskan kerja yang tak mungkin pernah habis. Tak kisahlah. Pokok pangkalnya semua orang dah selamat tiba kat KL.


Amier pun enjoy makan yong taufu.

No comments:

Post a Comment