Hari Raya Haji baru ni jatuh hari Jumaat. Jadi kebiasaannya upacara korban lembu dan kambing akan dibuat pada hari berikutnya, sama ada Sabtu atau Ahad. Surau kat tempat aku pun sama jugak. Jumlah lembu semuanya ada lima belas ekor, dan ada dua ekor kambing. Tahun ni, aku, wife aku, kakak adik aku, dan mak aku ada buat aqiqah lembu. Kongsi-kongsilah. Jadi, mau tak mau, aku pun standby-lah kat surau, nak tengok lembu aku yang mana satu. Aku dapat tahu, lembu kami jatuh nombor ke-13. Kenalah tunggu ikut giliran. Satu per satu lembu dikorbankan oleh ustaz-ustaz dan tuan-tuan haji yang dah berpengalaman. Aku memang tak pernah duduk kat surau lama-lama tolong mengerjakan daging korban. Pasal selalunya hari raya qurban aku akan pergi beraya kat tempat lain.
|
Antara lembu-lembu yang beruntung untuk diqurbankan pada musim haji tahun ini. |
|
Ahli jemaah surau sedang potong daging untuk dimasak buat makan tengah hari. |
Sementara menunggu giliran lembu kami untuk disembelih, aku tolong-tolonglah apa-apa yang patut. Malangnya masa tu aku tak bawak pisau pulak. Jadi aku tak bolehlah nak melapah atau memotong, tapi sekadar tolong angkat-angkat lembu ajelah. Kalau nak jugak tolong lapah, aku akan menggunakan gigi aku yang kuat bak gigi singa Afrika. Seronok sungguh aku nengok ahli jemaah ramai-ramai gotong royong mengerjakan daging korban.
|
Pembedahan jantung sedang dijalankan oleh seorang pakar ke atas seekor lembu. |
|
Upacara melapah lembu sedang dijalankan. |
|
Inilah lembu perkasa yang sangat susah untuk ditumbangkan. |
Dalam banyak-banyak lembu tu, macam-macam perangai yang aku dapat tengok. Ada yang relaks, cool aje bila nak kena sembelih. Ada jugak yang menggelabah tak tentu arah, walaupun giliran dia nak kena sembelih lambat lagi. Dan ada satu lembu yang sangat besar, kecil sikit je dari gajah, dan bertubuh sasa, badan berketul-ketul, siap ada six pack lagi kat perut dia, dan muscle macam Mr Universe. Lembu ni memanglah sangat gagah perkasa. Susah betul nak tumbangkan dia, walaupun dah menggunakan ramai orang, walaupun dah panggil badang-badang Malaya. Akhirnya, mesyuarat tergempar diadakan, dan dengan tipu muslihat tertentu, lembu perkasa tadi dapat jugak ditumbangkan dan disembelih dengan selamat. Tang menumbangkan lembu ni, bagi aje kat jemaah warga Indon. Diorang memang berani dan cekap menjalankan tugas. Masa lembu tengah mengganas, siap boleh stunt lagi kat lembu tu nak bagi tumbang.
|
Lembu perkasa ini akhirnya berjaya juga diqurbankan. |
|
Kain kanvas direntangkan supaya lembu sebelah sana tak nampak nasib lembu sebelah sini. |
|
Okay! Kulit sudah tanggal. Siapa nak kulit lembu buat baju? |
|
Memisahkan daging dari tulang. |
|
Semakin ramai ahli jemaah yang turun padang. |
|
Lembu ini tak berapa besar, tapi sangat lasak. |
|
Imam nombor satu, Ustaz Anuar sedang menghunus pisau untuk memotong daging. |
|
Pakar tulang-belulang sedang beraksi. |
|
Lepas potong tulang ni, bolehlah dimasak sup. |
Akhirnya tibalah giliran lembu kami untuk disembelih. Fuuuhhh! Lama sungguh aku menunggu. Lembu kami warna cokelat. (Mungkin perasa cokelat jugak kot). Lembu kami tak berapa besar. Tapi yang best-nya, lembu kami tu sangat redha dirinya disembelih. Diam aje tak melawan. Orang yang pegang lembu tu siap kata, lembu tu baik sungguh. Penyembelihan pun berjalan dengan sangat lancar dan tenang dan selamat. Lepas lembu kami dah disembelih, aku dan Syahmie (yang jugak ada menemani aku kat surau) bergegas pulang ke rumah. Lepas ni nak kena cepat-cepat pergi ke Shah Alam. Ada acara lain yang kami kena pergi.
|
Pengerusi surau, Hj Abdul Rahman sedang membacakan nama-nama peserta. |
|
Ini adalah lembu kami. Lembu yang ke-13. |
|
Lembu ni baring dengan relaks dan tenang. |
|
Tuan haji membaca doa sebelum menyembelih. |
|
Takbir dilaungkan jemaah ketika tuan haji menyembelih leher lembu. |
|
Dan lembu pun disembelih dengan jayanya. |
|
Putus sudah dua urat pada leher lembu. |
Masa mula-mula datang surau, Amier pun ikut jugak. Tapi lepas acara sembelih kambing dijalankan, Amier mintak nak balik rumah. Dia tak sanggup nengok binatang kena sembelih. Kesian gamaknya. Jadi aku pun hantarlah Amier balik rumah dulu sebelum kembali ke surau dengan Syahmie. Tugas potong tulang dibagi kepada sorang pakar tulang (tapi bukan doktor tulang) yang menggunakan mesin khas yang hebat. Aku harap tahun depan aku boleh tolong gotong royong lagi buat kerja qurban lembu ni.
|
Kaki-kaki lembu. Aku pun tak tahu hendak diapakan kaki-kaki ini. |
No comments:
Post a Comment