Dari majlis kenduri kahwin yang kami hadiri di Kuala Selangor pada minggu lepas, kami terus ke rumah Makcik Mini untuk tumpang sembahyang zuhur. Makcik Mini kemudian bertanya kepada aku, "Nak buah rambutan tak? Pokok rambutan tu tengah banyak buah." Aku terus mengangguk banyak-banyak kali menandakan aku memang nak petik buah rambutan kat pokok rambutan di rumah Makcik Mini. Selesai solat zuhur, aku pun terus ke pokok rambutan tepi pagar. Aku nengok pokok tu taklah rimbun sangat. Buah pun sebenarnya taklah begitu banyak. Aku selak daun, nampak daun. Selak lagi daun, masih nampak daun. Dan aku terus menyelak daun. Nampak beruk Afrika sedang bertenggek kat dahan. Selak beruk Afrika, barulah aku nampak gugusan buah rambutan bertangkai-tangkai. Cukuplah banyaknya untuk menjamu satu kampung.
|
Inilah pokok rambutan rumah Makcik Mini yang dikenen oleh geng The Monkey Boys! |
Sepupuku Wadi kemudiannya datang menemaniku mengait buah rambutan yang bergayut kat dahan. Nak kait buah tu kena hati-hati, sebab pokok tu duduk dekat dengan wayar elektrik. Wadi tolong kait, aku pulak tukang kutip dan kumpul serta masukkan ke dalam karung plastik. Rambutan yang telah dikait dan dipungut akan diagih-agihkan kepada kami serta beberapa orang pakcikku yang turut ada kat rumah Makcik Mini. Kami pun mulalah mengagih-agihkan secara adil dan saksama di antara kami. Satu untuk aku, satu untuk kau. Dua untuk aku, dua untuk kau. Tiga untuk aku, tiga untuk kau. Hantamlah untuk aku. Hantamlah untuk kau. Bedal ajelah untuk aku. Bedal ajelah untuk kau....... Kami akhirnya menyedari cara pengiraan macam ni bagai tak ada kesudahannya. Akhirnya kami pakai timbang kilo ajelah. Selebihnya untuk dihantar ke Kuala Lumpur untuk diniagakan kat Pasar Chow Kit, kat Pasar Selayang, Tesco di Lembah Kelang, Pasar Raya Giant, IKEA dan di gedung tekstil Gulatis. Setelah semua proses ini selesai, kami pun mintak diri untuk pulang ke KL....... dengan Encik Selamat.
|
Wadi menggunakan galah sepanjang pokok kelapa untuk mengait buah rambutan. |
|
Dalam proses mengait rambutan, beberapa ekor beruk tempatan telah jatuh tergolek kerana turut dikait oleh Wadi. |
|
Rambutan yang telah dikumpul untuk diagih-agihkan. |
No comments:
Post a Comment